Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Peniaga Baharu Shopee Boleh Tuntut Lebih RM1,500 Melalui Program PENJANA

Peniaga Baharu Shopee Boleh Tuntut Lebih RM1,500 Melalui Program PENJANA

Diterbitkan Julai 7, 2020 oleh Amalina Athman

30,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) yang baharu kepada e-dagang masing-masing akan menerima manfaat berjumlah lebih RM1,500. Ia merupakan sebahagian daripada komitmen Shopee dalam Kempen E-dagang Perusahaan Mikro dan PKS PENJANA yang dilancarkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) baru-baru ini.

tuntut rm1500 shopee

Menerusi kempen ini, peniaga baharu di Shopee akan menerima beberapa manfaat. Antaranya termasuk baucar bernilai RM1,000, RM500 kredit iklan, penyertaan percuma dalam Pakej Penghantaran Percuma RM15 Shopee dan sebagainya.

Bagi memenuhi syarat penyertaan kempen ini, penjual mestilah merupakan peniaga mikro PKS atau individu warganegara Malaysia yang telah mendaftar sebagai penjual Shopee dari 1 Januari 2020 serta mempunyai kurang daripada 10 pesanan sebelum 1 Julai 2020.

Peniaga Baharu Shopee Boleh Tuntut Lebih RM1,500 Melalui Program PENJANA

Permohonan boleh dibuat sebelum 23 September 2020. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Kempen E-dagang Perusahaan Mikro dan PKS di Shopee, kunjungi Shopee.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY