Motorola Moto Edge X30 adalah merupakan telefon terawal yang menggunakan cip andalan terbaharu Qualcomm, Snapdragon 8 Gen 1.
Pun begitu, telefon ini menerima kritikan ramai berikutan suhu yang panas apabila dibandingkan dengan telefon lain. Perkara ini boleh dilihat jika anda mencari mana-mana video di YouTube yang menguji telefon ini.
Sehubungan dengan itu, pengurus besar Lenovo telah muncul memuat naik kenyataan memberikan komen berhubung dengan isu telefon itu.
Menurutnya, pengoptimasian Snapdragon 8 Gen 1 pada Moto Edge X30 adalah bergantung kepada pengeluar dan bukannya dari Qualcomm atau sistem operasi Android.
Selain itu, beliau menambah jurutera Moto mengoptimasikan cip Snapdragon 8 Gen 1 pada Moto Edge X30 untuk mempunyai nisbah seimbang dari segi penjimatan tenaga dan juga prestasi tinggi.
Melalui komen beliau, jelas bahawa Moto Edge X30 sudah dipastikan untuk beroperasi dengan suhu seoptimum mungkin sebelum dilancarkan.
Jika panas, itu adalah lebih kepada penggunaan ekstrem yang melampau dan bukannya perkara yang boleh terjadi setiap masa.
Selain Moto Edge X30, siri Xiaomi 12 dan realme GT 2 Pro adalah antara model telefon lain yang menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 1 ini.
Sama ada prestasi cip pada Xiaomi dan realme adalah lebih baik dari Moto Edge X30, sama-samalah kita tunggu.
Sumber: Weibo
Baca juga:
- Telefon Lipat Motorola Razr Dah Masuk Generasi Ketiga, Sedang Disiapkan Oleh Lenovo
- Ini Dia Telefon Pertama Dengan Snapdragon 8 Gen 1
- Xiaomi 12 Dilancarkan – Cip Baharu, Skrin Padu