Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Siri Redmi K50 Bakal Dilancar Februari Ini, Lebih Berkuasa Dan Lebih Sejuk

Posted on Januari 5, 2022

Sejak Jun tahun lalu lagi, peranti Redmi K50 sudah mula disebut-sebut. Pengganti siri Redmi K40 sememangnya dinanti-nantikan ramai. Mananya tidak, siri tersebut walaupun terhad buat pasaran China tetapi di Malaysia, ia dijenamakan semula sebagai POCO.

Tahun baharu telah pun tiba, makanya siri Redmi K50 pun akan muncul. Peranti siri Redmi K50 ini akhirnya disahkan kehadirannya, iaitu pada bulan Februari depan. Namun, tarikh pelancarannya masih belum diketahui.

Pun begitu, Redmi sudah mengacah serba sedikit spesifikasi yang akan ditawarkan buat peranti itu. Tumpuan menarik mengenainya, Redmi mendakwa telefon tersebut adalah yang paling sejuk dan mampu menjinakkan Snapdragon yang baharu.

Mereka mengatakan sistem penyejukan Redmi K50 menampilkan “Dual Vapor Chamber” bagi menyejukkan cip peranti. Inilah kunci utamanya dalam misi menyejukkan Snapdragon 8 Gen 1.

Seperti mana yang anda maklum, Snapdragon 888 terdahulu memang ada masalah suhu yang tinggi. Dengan ini juga, kita dah dapat kenal pasti yang mana Redmi K50 dilengkapi Snapdragon 8 Gen 1.

Selain itu, siri Redmi K50 turut dibekalkan bateri berkapasiti 4700mAh dengan sokongan pengecasan pantas 120W tetapi mungkin kelajuan cas ini hanya untuk varian tertinggi.

Oleh yang demikian, sama-sama kita nantikan kemunculan siri Redmi K50 ini. Jangkaannya sudah pasti harga yang mampu milik.

Sumber: redmi

Baca juga:

  • Dua Telefon Xiaomi 11 Ada Diskaun Sempena Tahun Baru Cina

  • Pengguna Malaysia Mungkin Perlu Tunggu Lama Untuk Rasa Xiaomi 12

  • realme GT 2 Pro Rasmi Guna Snapdragon 8Gen1, Panel Belakang Seakan ‘Kertas’

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress