Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pengurus Redmi: Nak Redmi K50 Kamera Padu Atau Peranti Harga Mampu Milik?

Posted on Januari 25, 2022Januari 25, 2022

Siri Redmi K50 sudah dijadualkan untuk dilancarkan pada bulan hadapan walaupun masih belum mempunyai tarikh rasmi lagi.

Namun, dijangkakan peranti tersebut bakal jadi perbualan hangat memandangkan semasa siri Redmi K40 dilancarkan dulu juga sudah terbukti.

Lebih-lebih lagi selepas pengurus Redmi Lu Weibing mendakwa bahawa siri Redmi K50 merupakan peranti dengan Snapdragon 8 Gen 1 yang paling sejuk.

Kini, beliau sedang membuat tinjaun dengan peminat Redmi berkaitan telefon tersebut. Katanya, terdapat dua perspektif bagi siri Redmi K50 ini.

Pertama, kamera yang telah dipertingkatkan tetapi pada masa sama harga juga lebih tinggi. Kedua, kekalkan prestasi kamera sedia ada dengan sedikit tambah baik dan ditawarkan bersama prestasi cemerlang serta harga mampu milik.

Berdasarkan kebanyakan komen yang dibalas di Weibo, ramai yang mahukan peranti Redmi K50 mengekalkan resipi seperti terdahulu, iaitu prestasi yang baik tapi harga yang murah.

Apa-apa pun, bagi anda pengguna Redmi K40 atau di Malaysia dipanggil POCO F3, adakah anda sanggup mengeluarkan duit lebih hanya untuk kamera?

Sumber: Lu Weibing

Baca juga:

  • Shopee Mula Tawar ‘Self-Collection’ Di Kawasan Ini, Tak Perlu Lagi Tunggu Abang Kurier

  • Cara Aktifkan Penyulitan ‘End-to-End’ Untuk ‘Backup’ WhatsApp

  • Kelemahan Sekuriti OpenSea Punca NFT Bernilai Lebih 1$ Juta Dicuri Penggodam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress