Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ujian Kelajuan Maxis Fiber Berjaya Capai Hampir 10Gbps

Posted on Februari 15, 2022

Kalau anda berasakan internet fiber 1Gbps itu sudah cukup laju, selepas ini mungkin anda dapat menikmati kelajuan 10 kali ganda lebih pantas.

Hal ini kerana Maxis berjaya dalam percubaan teknologi 10G PON (Gigabit Passive Optical Network) yang mana mencapai kelajuan muat turun hampir 10Gbps melalui rangkaian fiber-ke-kediaman (FTTH).

Percubaan tersebut dijalankan di Menara Maxis dan melaluinya, ia dapat memuat turun video bersaiz 1GB dalam masa kurang dari satu saat sahaja.

Buat makluman, Maxis mengatakan kebanyakan penggunaan fiber masa sekarang menggunakan teknologi GPON yang menyokong sehingga 2.5Gbps.

Oleh itu, teknologi rangkaian optik pasif yang bakal digunakan Maxis ini adalah jauh lebih pantas berbanding teknologi GPON sedia ada di Malaysia.

Namun begitu, Maxis tidak memaklumkan bilakah teknologi tersebut akan ditawarkan buat pengguna tempatan.

Sumber: Siaran Akhbar Maxis

Baca juga:

  • Celcom Max, Gabung Bil Internet Fiber Dan Telefon

  • Astro Tawar Promosi Pakej Jimat 109, Internet 30Mbps, Lebih 90 Saluran Astro Pada RM109.99 Sebulan

  • Proton Dan Maxis Jalin Kerjasama Untuk 5G Di Tanjung Malim

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress