Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Haagen-Dazs 1

Pengimport Menarik Balik Aiskrim Haagen-Dazs Dari Pasaran Tempatan

Diterbitkan Ogos 12, 2022 ยท Dikemas kini Ogos 12, 2022 oleh ariff bukhari

Berikutan isu penarikan balik produk aiskrim berjenama Haagen-Dazs dari pasaran
Eropah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan bahawa mereka mengambil maklum mengenai isu penarikan tersebut.

KKM juga memaklumkan bahawa pihak syarikat yang mengimport ais krim itu sendiri telah menarik balik produk aiskrim terlibat di pasaran secara sukarela.

Penarikan balik produk aiskrim Haagen-Dazs itu dari pasaran Eropah kerana dikesan mengandungi bahan karsinogenik Ethylene Oxide (ETO) berdasarkan laporan notifikasi European Union Rapid Alerts Systems for Food and Feed (EURASAFF).

Notifikasi tersebut menyatakan bahawa terdapat penarikan balik produk aiskrim dari negara Perancis yang mengandungi ekstrak vanilla dari negara Madagascar yang dikesan mengandungi ETO melebihi tahap yang dibenarkan.

Berkaitan

  • 5 Tablet Terbaik Bawah RM2,000 Setakat April 2022
  • Aiskrim Termahal Di China Disiasat Selepas Tular Tidak Cair Walau Dibakar
  • 5 Telefon Terbaik Bawah RM1,000 Setakat Ogos 2022
  • Pengguna Android Sebenarnya Boleh Guna Google Pay Untuk 'Check-Out' Shopee
  • Isi Minyak Dengan RFID: Shell Perluas Hingga 88 Stesen Seluruh Negara, Ini Antaranya

Produk aiskrim tersebut juga telah diedarkan ke beberapa buah negara termasuk Malaysia.

KKM menjelaskan, Ethylene Oxide (ETO) adalah sebatian gas kimia yang bersifat
karsinogenik dan sering digunakan bagi menjalankan fumigasi atau pewasapan untuk membunuh makhluk perosak seperti serangga.

Malah ia juga digunakan sebagai bahan aktif dalam bahan pencuci tetapi tidak dibenarkan
penggunaannya pada permukaan yang bersentuhan makanan.

Sehubungan itu KKM menyatakan, pemantauan berterusan dilaksanakan bagi memastikan produk terlibat tidak dipasarkan di negara ini.

Sumber: KENYATAAN MEDIA KKM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY