Aiskrim Termahal Di China Disiasat Selepas Tular Tidak Cair Walau Dibakar

Aiskrim premium dan dikatakan yang termahal dijual di China kini dalam siasatan pihak berkuasa China selepas tular satu video yang memaparkan aiskrim tersebut tidak cair walaupun selepas dibakar.

Malah aiskrim itu juga dilaporkan tidak mencair walau diletakkan di dalam bilik bersuhu tinggi selama lebih daripada 50 minit.

Menurut laporan oleh media di sana, aiskrim keluaran syarikat Zhong Xue Gao itu menghasilkan asap selepas dibakar dan mengeluarkan bau terbakar.

Menyebabkan orang ramai ingin tahu apakah kandungan aiskrim tersebut.

Kapsyen: Kredit: SCMP


Respon terhadap video yang tular itu, Zhong Xue Gao berkata barisan produk mereka mematuhi standard kualiti yang ditetapkan oleh pihk berkuasa China.

"Kandungan utama aiskrim berperisa kelapa garam itu adalah susu, krim tunggal, kelapa lenyek, susu tepung dan susu pekat. 40% aiskrim itu pula adalah bahan pepejal". Dakwa kenyataan syarikat itu dalam satu video di laman Weibo.

Pihak berkuasa China memaklumkan, pakar sedang melakukan ujian ke atas aiskrim tersebut bagi mengetahui secara jelas apakah kandungannya.

"Pada mata kasar, aiskrim itu kelihatan seperti tidak mencair. Tetapi kesimpulannya ia perlulah berasaskan kepada dapatan data saintifik". Kenyataan rasmi Biro Pengawasan dan Pengurusan Pasaran Shanghai.

Kapsyen: Kredit: SCMP


Zhong Xue Gao atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai Chicecream juga digelar sebagai "Hermes bagi aiskrim".

Ia mensasarkan golongan wanita muda sebagai pelanggan utama mereka di bandar-bandar besar di China.

Ia pernah mencetus kemarahan rakyat di negara itu tahun lalu selepas pengasasnya berkata kepada pembeli yang mengadu tentang harga aiskrim mereka boleh mengabaikan aiskrim tersebut.

Harga termurah bagi aiskrim keluaran syarikat itu adalah berharga 20 yuan (RM13.20). Aiskrim termahal mereka pula dijual mencecah sehingga lebih daripada 70 yuan (RM46.20).

Sumber: SCMP