Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple China

Penghantaran Global Bagi Semua Pengeluar Telefon Pintar Didapati Menurun Kecuali iPhone

Diterbitkan Oktober 31, 2022 · Dikemas kini Oktober 31, 2022 oleh ariff bukhari

Berdasarkan kepada laporan analisis data terkini dari International Data Corporation (IDC), penghantaran telefon pintar di seluruh dunia merosot sebanyak 9.7% tahun ke tahun kepada 301.9 juta unit sahaja pada suku ketiga 2022 (3Q22).

Penurunan itu sekaligus menjadi suku ketiga terburuk dan kemerosotan untuk suku kelima berturut-turut bagi pasaran telefon pintar.

Menurut IDC keadaan ini berlaku adalah kerana penghantaran produk itu terus bergelut di tengah-tengah permintaan global yang lemah dan ketidaktentuan ekonomi.

Berkaitan

  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14
  • Ini Prestasi Awal Capaian 5G iPhone 14 Pro Dan Pro Max Di 10 Buah Negara

Pengeluar-pengeluar utama telefon pintar Android termasuklah Samsung, Xiaomi, Vivo dan OPPO mencatatkan penurunan sehingga 8.8%.

Walaubagaimanapun berbeza dengan Apple di mana hanya iPhone sahaja yang mencatatkan peningkatan dalam pasaran telefon pintar setakat suku ketiga tahun ini.

Smartphone Shipments,

Sungguhpun begitu, IDC menyatakan walaupun Apple adalah satu-satunya vendor yang memberikan pertumbuhan positif pada suku ini, syarikat itu masih menghadapi cabaran kerana pertumbuhannya terbantut di banyak pasaran, termasuk China, disebabkan keadaan makroekonomi yang lemah.

IDC menjangkakan penurunan penghantaran yang lebih curam untuk 2022 tetapi masih berharap akan berlaku pemulihan  pasaran yang perlahan pada tahun 2023.

Sumber: IDC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY