Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Yes 5G Advanced iOS 26.4

Pengguna Yes Dengan iPhone 15 Ke Atas Kini Boleh Guna 5G Advanced

Diterbitkan Mac 26, 2026 · Dikemas kini Mac 26, 2026 oleh Amalina Athman

Seiring pelancaran iOS 26.4, Apple kini menawarkan sokongan 5G Standalone (5G SA) untuk pengguna siri iPhone 15, iPhone 16, iPhone 17 dan iPhone Air di Malaysia.

Bagi pengguna Yes, kemas kini ini bermakna rangkaian 5G Advanced kini boleh digunakan pada siri iPhone 15 dan model lebih baharu tanpa sebarang caj tambahan. Ia tersedia untuk semua pelanggan Yes, termasuk pelan prabayar, pascabayar serta jalur lebar.

Tiada pendaftaran diperlukan kerana sambungan akan diaktifkan secara automatik pada peranti yang serasi.

Namun begitu, jika peranti tidak dapat mengakses rangkaian ini, pengguna boleh menaik taraf kepada eSIM baharu secara percuma melalui aplikasi MyYes bagi membolehkan sambungan 5G Advanced diaktifkan.

Cara semak jika peranti menyokong Yes 5G Advanced

  1. Pastikan peranti (iPhone 15 ke atas) dikemas kini dengan iOS 26.4.
  2. Pergi ke Settings > Mobile Data > Voice & Data.
  3. Lihat pada suis “5G Standalone”.
  4. Jika 5G Standalone dan Voice over 5G Standalone boleh diaktifkan, bermakna SIM anda menyokong Yes 5G Advanced.
  5. Jika suis 5G Standalone tidak dapat diaktifkan, pengguna boleh menaik taraf secara percuma dengan memasang eSIM baharu melalui aplikasi MyYes. Namun, pastikan anda mempunyai sambungan Internet alternatif, seperti WiFi, untuk memudahkan pengaktifan eSIM.
Yes 5G Advanced iOS 26.4_2
Foto: Yes

Bergantung kepada model, pengguna mungkin akan melihat ikon “5G” atau “5G+”, manakala nama rangkaian akan dipaparkan sebagai “yes 5g advanced” atau “yes 5g advanced 5G”.

Apa itu 5G Advanced?

Sebagai rujukan, 5G Advanced merupakan evolusi seterusnya kepada teknologi 5G, dan dianggap sebagai pra-6G. Melaluinya, data dan panggilan suara dapat beroperasi sepenuhnya di rangkaian 5G, sekali gus memberikan prestasi yang lebih baik secara keseluruhan.

Antara kelebihan yang ditawarkan termasuk kualiti panggilan suara lebih jelas, kelajuan lebih tinggi, kependaman lebih rendah (lower latency) serta liputan yang lebih stabil termasuk di dalam bangunan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Yes 5G Advanced, layari laman rasmi Yes atau halaman FAQ.

Berkaitan

  • Yes Jadi Telco Pertama Lancar 5G Advanced Secara Komersial Di Malaysia
  • Yes Perkenal 5G Advanced 'Starter Pack' - RM10/Bulan, 20GB Data
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • iOS 26.4 Kini Tersedia Dengan Sejumlah Ciri Baharu, Lebih 35 Tampalan Keselamatan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY