Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Naikkan Storan Minimum Untuk Windows 10 Dari 12GB Kepada 32GB

Pengguna Windows 10 Akan Dinaik Taraf Secara Automatik Kepada Versi 22H2

Diterbitkan Mei 15, 2023 ยท Dikemas kini Mei 15, 2023 oleh ariff bukhari

Mungkin sebahagian besar pengguna Windows 10 khususnya bagi versi 21H2 mereka tidak sedar bahawa Microsoft akan menamatkan sokongan ke atas versi Windows 10 itu pada 13 Jun 2023 nanti.

Penamatan sokongan itu meliputi Windows 10 edisi Home, Pro, Pro Education, dan Pro for Workstations.

Kesemua versi Windows 10 21H2 itu tidak akan menerima lagi sebarang kemas kini selepas 13 Jun 2023.

Windows 10, version 21H2 end of servicing

Ekoran itu, Microsoft memaklumkan bahawa mereka akan menaik taraf ke semua edisi Windows 10 yang menggunakan versi 21H2 kepada versi terbaru iaitu 22H2 secara automatik.

Ia bertujuan bagi memastikan pengguna dilindungi dan menerima kemas kini bulanan yang penting untuk keselamatan dan kesihatan ekosistem.

Untuk pengetahuan anda juga, Windows 10 versi 22H2 adalah versi terakhir bagi Windows 10. Selepas itu ia tidak lagi akan menerima sebarang kemas kini ciri baharu.

Windows 10 ditawarkan pada 29 Julai 2015 dahulu dan dijadual akan ditamatkan pada 14 Oktober 2025 nanti.

Screenshot 2023-05-15 at 9.07.12 AM

Berkaitan

  • 3 Lagi Model Redmi Note 12 Masuk Malaysia, Harga Bermula RM999
  • ROG Ally Akhirnya Rasmi, Harga Bermula Sekitar RM2,669
  • Lebih 50 Aplikasi Android Akan Terima Kemas Kini Antaramuka Baharu

Sumber: Microsoft, Microsoft 2

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY