Pengguna Terpaksa Menunggu Stok Baru Kad TNG NFC Sedikit Masa Lagi

Seperti semua tahu, kad Touch 'n Go (TNG) NFC sudah pun dilancarkan secara rasmi pada 22 April 2022 lalu.

Walaubagaimanapun disebabkan oleh permintaan yang tinggi, pihak Touch ‘n Go Sdn Bhd gagal memenuhi permintaan semua pengguna mereka bagi mendapatkan kad TNG terbaru itu.

Berdasarkan kepada semakan di laman facebook rasmi Touch ‘n Go eWallet, mereka memaklumkan kad TNG NFC hanya akan kembali berada dalam stok dalam bulan Jun nanti.

Makluman itu dinyatakan menerusi respon ke atas seorang pengguna yang bertanyakan berkenaan perkara tersebut.



Kad TNG NFC dijual hanya pada harga RM10.00 sahaja yang boleh dipra tempah melalui aplikasi TnG eWallet.

Tetapi kos penghantaran kad berharga RM5.00 akan dikenakan menjadikan kos keseluruhan adalah berjumlah RM15.00.

Walaubagaimanapun, anda juga boleh  mendapatkannya dari kedai-kedai runcit, stesen minyak Petronas dan Shell terpilih.

Sumber: TNG eWallet

Baca juga: