Pengguna Tempatan Sudah Boleh Menikmati Facebook Reels

Meta hari ini memperluaskan lagi ciri yang telah diperkenalkan di platform Instagram, iaitu Facebook Reels di lebih 150 buah negara termasuk Malaysia.

Menerusinya, ia dapat membantu pencipta kandungan untuk menjana pendapatan lain dengan menggunakan Facebook Reels.

Selain itu, Meta turut menawarkan pengewangan (monetization) buat pencipta kandungan Reels dan juga akan ada fungsi pengiklanan nanti. Seperti Facebook Gaming, Reels juga dapat ciri Stars yang akan hadir dalam beberapa minggu sahaja lagi yang mana ia boleh ditukarkan kepada wang.



Dalam kenyataan Meta, mereka mengakui bahawa kandungan video pendek amat popular masa kini. Bahkan terdahulu, mereka mengatakan yang TikTok merupakan pesaing terdekat Facebook.



Oleh yang demikian, bagi mana-mana yang jarang menggunakan Instagram, anda sudah boleh menikmati Reels di Facebook hari ini.

Sumber: Meta

Baca juga: