Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kesatuan Eropah: Tanpa Facebook Dan Instagram Pun Kami Tiada Masalah

Kesatuan Eropah: Tanpa Facebook Dan Instagram Pun Kami Tiada Masalah

Diterbitkan Februari 9, 2022 ยท Dikemas kini Februari 9, 2022 oleh Meor Hasyim

Baru-baru ini Meta berhadapan dengan masalah apabila terdapat kemungkinan besar Facebook dan Instagram akan ditutup di Eropah.

Ini adalah kerana Meta perlu mengikut undang-undang Eropah yakni menyimpan dan memproses segala data di situ.

Apa yang dilakukan oleh Meta dengan penyimpanan data di luar Eropah adalah melanggar undang-undang Kesatuan Eropah jika mahu beroperasi di negara-negara sana.

Lanjutan daripada itu, semasa konferens di Paris, Menteri Ekonomi German, Robert Habeck dan Menteri Kewangan Perancis Bruno Le Maire telah memberikan komen tambahan mengenai perkara ini.

Jelas mereka, Eropah sendiri tiada masalah jika ketiadaan Facebook, malah memberi jaminan bahawa kehidupan tanpa Facebook masih baik.

Robert Habeck turut berkata Facebook dan Twitter beliau pernah digodam dan setelah 4 tahun menjalani kehidupan tanpa media sosial itu, hidupnya lebih ceria.

Natijahnya, jika sesuatu syarikat mahu berurusan dengan negara-negara Eropah, maka mereka perlu mengikuti undang-undang di sana.

Sekarang ini apa yang pasti, jika Meta mahu kekal beroperasi di Eropah, sudah tentu mereka terpaksa mengikuti undang-undang Kesatuan Eropah iaitu menyimpan data dan memprosesnya di sana.

Sumber: Bloomberg

Baca juga:

  • Mungkin Selepas Ini Eropah Tidak Ada Facebook Dan Instagram
  • Pengguna iPhone Lebih Banyak Habiskan Duit Membeli Aplikasi Berbanding Pengguna Android
  • Foxconn Dan Thailand Melabur $1 Bilion Untuk Pengeluaran Kereta Elektrik Pada 2024

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY