Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
telefon terbaik bawah RM1000

Pengguna Di Malaysia Didapati Semakin Kurang Membeli Telefon Pintar – IDC

Diterbitkan Jun 16, 2022 oleh ariff bukhari

Berdasarkan data yang diperolehi daripada laman analisis International Data Corporation (IDC), bagi suku pertama tahun 2022 ini, jualan telefon pintar di Malaysia didapati menurun sehingga 28.8%.

Menurut IDC, punca keadaan ini berlaku kerana kekangan bekalan model-model telefon pintar 4G yang banyaknya datang dari pembekal China.

Peningkatan kos perbelanjaan di Malaysia yang meningkat sejak tahun 2022 ini juga turut memberi kesan kepada pengguna untuk membeli telefon-telefon pintar baharu.

Malah IDC menjangkakan trend  ini akan berterusan untuk sepanjang tahun 2022 ini yang bakal perlihatkan penurunan jualan telefon pintar di Malaysia sehingga 5%.

jualan telefon pintar menurun

Setakat suku pertama tahun ini, Samsung mencatatkan jualan tertinggi dengan penguasaan pasaran telefon pintar di Malaysia sebanyak 33.9%.

Malah Samsung memacu segmen telefon pintar 4G di Malaysia dengan penguasaan pasaran hampir 38%.

Sementara vivo pula paling terkesan dengan mencatatkan penurunan bagi segmen jualan telefon pintar 4G sehingga 57%.

Sumber: IDC

Baca juga:

  • Menteri Gesa MCMC Bertindak Tegas Terhadap Syarikat Telekomunikasi
  • 200 Tiang Lampu Jalan Dengan 5G Akan Dibina Di Kuala Lumpur
  • Laman Web Ini Didakwa Mampu Beri Data Terperinci Rakyat Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY