Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Spotify Kini Boleh Digunakan Di Apple Watch Tanpa Perlu Sambungan Telefon

Kemas Kini watchOS 8.3 Ada Masalah Pengecasan

Diterbitkan Disember 23, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Kemas kini watchOS 8.3 telah disediakan kepada pengguna minggu lepas yang mana ia bertujuan menyelesaikan isu pengecasan Apple Watch. Walau bagaimanapun, masalah berkaitan pengecasan tetap hadir dalam versi terbaru ini namun kali ini isunya dengan pengecas pula.

Seorang pengguna di Reddit berkongsi pengalamannya mengecas Apple Watch dengan pengecas pihak ketiga dan dapati bateri jamnya hanya bertambah sebanyak 2% walaupun telah ditinggalkan selama sejam.

Hal yang sama turut berlaku pada jam pasangannya yang juga menggunakan pengecas pihak ketiga. Hanya selepas menggunakan pengecas asli, barulah jam mereka dicas dengan pantas.

Mereka kemudian mendapati jam mereka dapat dicas dengan pengecas pihak ketiga namun hanya buat beberapa minit. Perkara ini terjadi pada mereka yang menggunakan pengecas 3-dalam-1 namun pengguna mengatakan iPhone mereka tidak mempunyai masalah menggunakannya.

Tidak dapat dipastikan apakah kemas kini terbaru ini sengaja mengimplimentasikan ciri ini atau sebuah pepijat yang tidak disengajakan. Buat anda yang menggunakan pengecas pihak ketiga, mungkin ada perlu tangguhkan dulu untuk naik taraf ke watchOS 8.3.

Sumber: Ubergizmo

Baca juga:

  • Orang Ramai Lebih Percayakan Privasi Google Berbanding Apple
  • Kemas Kini watchOS 8.1.1 Dilepaskan, Baiki Isu Pengecasan
  • Cara ‘Unlock’ iPhone Walaupun Pakai ‘Mask’ Guna Apple Watch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY