Pengguna realme 3 Pro Akan Terima realme UI Berasaskan Android 10

Realme 3 Pro mula diperkenalkan di Malaysia sekitar Mei tahun lalu. Membawakan kelengkapan baik untuk segmen pertengahan, ia dioperasikan dengan sistem ColorOS 6 berasaskan Android Pie 9.0.

Kini, menerusi pemberitahuan yang dibuat oleh realme Malaysia, model tersebut bakal menerima kemaskini realme UI berasaskan ColorOS 7 (Android 10). Melalui kemaskini tersebut menghidangkan rekaan paparan baru melalui realme UI yang dilancarkan pada awal tahun ini.



Dinaik taraf kepada Android 10, pelbagai ciri dan fungsi yang dioptimumkan disediakan melalui kemaskini tersebut.



Untuk makluman, realme UI merupakan ColorOS 7 yang dibangunkan semula berasaskan Android 10. Ia dijanjikan dengan pengoperasian yang lancar serta memfokuskan kepada kelompok pengguna muda. Sistem ini pertama kali dipertontonkan sewaktu acara pengenalan realme X50 tempoh hari.

Bagi anda pengguna realme 3 Pro, bolehlah bersiap-siap menerima kedatangan kemaskini terbaru ini yang ditawarkan secara berperingkat.