Kedua-dua peranti tersebut, HONOR MagicBook 15 dan HONOR Band sudah boleh dibeli secara pra-tempah bermula hari ini sehingga 13 Mei 2021.
HONOR MagicBook 15
Dari segi spesifikasi, HONOR MagicBook 15 hadir dengan skrin berukuran 15.6 inci serta dikuasakan oleh cip Intel Core i5 generasi ke-11.

Bahagian grafik pula digalas oleh Intel Iris Xe, sementara gandingan RAM 16GB dan 512GB SSD PCIe NVMe bertugas di bahagian memori. Komputer seberat 1.56kg ini dimuatkan dengan bateri 42Wh bersama-sama pengecasan 65W USB-PD.

Antara port sambungan yang disediakan adalah seperti 2x USB-A, 1x HDMI, 1x USB-C (pengecasan) dan 1x bicu audio 3.5mm. Harga jualan bagi HONOR MagicBook 15 adalah RM3,699.
Beli HONOR MagicBook 15 disini - https://invol.co/cl3wwz5
HONOR Band
Beralih kepada penjejak kesihatan, HONOR Band datang dengan paparan AMOLED 1.47 inci. Ia menawarkan 10 mod riadah serta menyokong ketahanan 5 ATM, bermakna boleh dibawa ketika aktiviti air pada kedalaman sehingga 50m.

Selain itu, bagi fungsi penjejakan peranti ini menyediakan ciri degup jantung dan pemantauan kadar oksigen dalam darah. Menurut HONOR, bateri 180mAh yang dilengkapkan pada peranti ini mampu memberi kuasa sehingga 14 hari bagi mod normal.

HONOR Band diletakkan pada harga RM189 untuk pasaran tempatan.
Beli HONOR Band disini - https://invol.co/cl3wwz5
Berkaitan
- Digi Janjikan Liputan Isyarat Yang Lebih Baik Dengan Pengaktifan Jalur Spektrum 900MHz
- U Mobile Kembangkan Lagi Penawaran 4G LTE Ke 40 Lokasi Di Utara Tanah Air
- Mi A2 Lite - Model "Adik" Kepada Mi A2 Dilancarkan
- Permainan Battle Royal Xiaomi, "Survival Game" Sudah Mula Ditawarkan Kepada Pengguna
- Xiaomi Mi Mix 2S Akan Diturunkan Harga Jualannya Kepada RM1799
- Twitter Dikhabarkan Mahu Buang Butang "Like"
- Huawei Mate 9 Pro Sudah Mula Di Jual Dengan Harga RM3399
- Huawei P30 Dan P30 Pro Bakal Dilancarkan Untuk Pasaran Tempatan 2 April Ini
- Disangka Pil Tahan Sakit, Wanita Ini Tertelan AirPod
- Shanghai Bakal Lancar Dana Berbilion Dolar Untuk Bangunkan Industri Kecerdasan Buatan