Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rekaan PlayStation VR2 Diperlihatkan – Lebih Nipis, Ringan Dan Sokong Sehingga 4K HDR

Rekaan PlayStation VR2 Diperlihatkan – Lebih Nipis, Ringan Dan Sokong Sehingga 4K HDR

Diterbitkan Februari 23, 2022 oleh Meor Hasyim

Pada Januari lalu, Sony telah mengumumkan secara rasmi PlayStation VR2 berserta alat kawalan Sense namun tanpa sebarang imej rasmi produk berkenaan.

Terkini, Sony telah memperlihatkan rekaan kedua-duanya.

Melalui blog rasmi Sony, PSVR2 dan alat kawalan Sense ini dilihat direka berwarna putih dan hitam seiring dengan tema PS5.

Rekaan PlayStation VR2 Diperlihatkan – Lebih Nipis, Ringan Dan Sokong Sehingga 4K HDR

Untuk PSVR2, ia masih lagi memerlukan sambungan kepada PS5 menerusi kabel USB-C. PSVR2 juga direka lebih nipis dan ringan berbanding PSVR sebelum ini.

Ia juga menyokong permainan pada 4K HDR pada 90Hz atau 120Hz serta penjejakan mata lebih hebat dan pandangan lihat seluas 110 darjah.

Set kepala PSVR2 juga didatangkan dengan dial lens boleh ubah serta rekaan saluran udara baharu.

Rekaan PlayStation VR2 Diperlihatkan – Lebih Nipis, Ringan Dan Sokong Sehingga 4K HDR

Namun begitu, buat masa ini Sony hanya berkongsi rekaan sahaja. Untuk harga dan tarikh jualan, ia masih belum dikongsikan mereka.

Sumber: Sony

Baca juga:

  • OPPO Watch Free Diperkenalkan – Penjejak Kesihatan Dengan Paparan AMOLED Berharga RM449
  • Rupa OPPO Pad Diperlihat, Bakal Dilancar Bersama Siri Find X5 Minggu Ini
  • Siri OPPO Reno7 Rasmi Di Malaysia, Pra-Tempah Bermula Hari Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY