Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apex Legends Mobile

Minggu Depan Apex Legends Mobile Dilancar, Ini Yang Anda Perlu Tahu

Diterbitkan Februari 24, 2022 oleh Amsyar Latif

EA hari ini mengumumkan pelancaran Apex Legends Mobile pada minggu hadapan secara terhad di 10 negara terpilih, iaitu Australia, New Zealand, Singapura, Malaysia, Filipina, Indonesia, Mexico, Peru, Argentina dan Colombia.

Dengan ini, bermula minggu hadapan, pengguna tempatan boleh terus ke Play Store atau App Store (bagi yang belum cuba) untuk mendaftar dan memainkannya.

Fasa pelancaran itu penting bagi EA untuk mempertingkatkan lagi kualiti permainan battle royale tersebut sebelum mereka melancarkannya secara global kelak.

Sebagai permulaan, beberapa watak atau ‘Legends’ boleh dimainkan seperti Bloodhound, Gibraltar, Lifeline, Wraith, Bangalore, Octane, Mirage, Pathfinder dan Caustic.

Legends lain yang sudah ditawarkan di PC atau konsol seperti Crypto, Ash, Fuse, Horizon, Loba dan lain-lain mungkin akan diberikan juga pada masa hadapan.

Apex Legends Watak

Bagi yang belum tahu, setiap watak tersebut mempunyai keunikan tersendiri dan pemilihannya penting apabila memulakan permainan.

Jangan risau, Apex Legends Mobile tidak menyokong cross-play seperti Fortnite. Jadi pemain mobile tidak akan jumpa pemain-pemain konsol mahupun PC.

EA turut mengingatkan yang anda tidak boleh memuat turun Apex Legends Mobile dari sumber yang ‘tidak sah’ atau mesra dipanggil sideload.

Memandangkan permainan ini masih baharu, belum banyak peranti yang dioptimumkan lagi. Telefon iOS yang kurang dari 2GB RAM dan Android yang kurang dari 3GB RAM tidak menyokongnya.

Namun, ada beberapa jenama peranti Android yang masih menyokongnya meskipun hadir dengan 2GB RAM seperti:

  • vivo
  • OPPO
  • Huawei
  • Motorola
  • Samsung
  • Lenovo
  • Xiaomi

Bagi spesifikasi minimum pula, EA meletakkanya seperti berikut:

Android:

  • Android 8.1
  • Open GL 3.0 dan ke atas
  • 3GB storan (saiz game)
  • 3GB RAM minimum
  • Saiz skrin – N/L/XL

iOS:

  • iPhone 6s dan ke atas
  • iOS 10.0 dan ke atas
  • Cip A9 Bionic
  • 3GB storan (saiz game)
  • 2GB RAM

Adakah peranti anda sudah memenuhi kriteria seperti yang ditetapkan? Jika sudah, bolehlah anda mencuba permainan ini nanti.

Secara ringkasnya, Apex Legends merupakan permainan bergenre battle royale yang masih popular. Konsep masih mirip PUBG atau Fortnite tetapi corak permainannya jauh lebih pantas.

Baca juga:

  • ASUS Malaysia Bawa Masuk TUF Gaming, Harga Bermula RM4,999

  • Tiada Lagi TAC Melalui SMS, Maybank Hanya Sokong Secure2U Untuk Pemindahan Wang

  • Infinix Perkenal Dua Telefon ZERO Baharu, Boleh Dibeli Bermula Minggu Depan

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY