Nothing hari ini secara rasmi mula menawarkan kemas kini sistem operasi terbaharu kepada pengguna Nothing Phone.
Kemas kini Nothing OS 5.0 yang dijana oleh Android 17 ini membawakan pelbagai penambahbaikan daripada segi reka bentuk visual, kefungsian kamera, widget, serta prestasi sistem secara keseluruhan.
Antara pembaharuan utama termasuk pengenalan aplikasi khas Glyph, paparan tetapan pantas dan panel notifikasi yang boleh diasingkan serta kebolehan menyusun ikon skrin utama secara serentak.
Dari sudut estetika, pengguna kini disajikan dengan tema Translucent bergaya kaca frosted, sokongan font Geist, penyesuaian warna jam skrin kunci, dan pelbagai animasi transisi yang lebih lancar.
Kamera turut menerima peningkatan besar dengan pengenalan fungsi Tuning 7 kesan boleh laras, rakaman Dual-view Video, format H.265, serta antaramuka UI kamera yang lebih segar.
Pembaharuan widget baharu seperti Collector, Away Time, dan Glyph Timer turut ditambah bagi memudahkan interaksi harian.
Selain itu, kemas kini ini turut menyertakan ciri Expanded Dark theme, peningkatan kecerahan HDR, fungsi Depth wallpapers, serta tindak balas pintasan Bluetooth dan status bar yang lebih pantas.
Kemas kini ini ditawar bermula dengan Phone (3), sebelum melancarkannya kepada lebih banyak model telefon pintar Nothing dan CMF dalam beberapa bulan akan datang.
Beli barisan produk Nothing dari stor rasmi:
- Shopee – https://invl.me/clo3o04
- Lazada – https://invl.me/clo3o05




