Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
google wallet

Pengguna Malaysia Kini Boleh Urus Akaun Google Wallet Di Laman Web

Diterbitkan Oktober 2, 2024 oleh Rushsyafizal

Google Wallet kini mendapat peningkatan besar dengan ciri-ciri baharu yang menarik, menjadikannya lebih mudah digunakan pada Wear OS, laman web, dan integrasi tiket kereta api dalam Gmail.

Untuk ciri baharu pada Wear OS, pas berkumpulan kini dipaparkan bersama. Apabila anda klik pada kumpulan tersebut, pas itu akan dipaparkan dalam bentuk carousel. Selain itu, anda kini boleh mengarkibkan pas lama tanpa perlu memadamnya. Ciri ini sudah pun dilancarkan kepada pengguna.

google wallet

Tambahan lagi, Google Wallet di web kini tersedia di lebih banyak negara. Setelah dilancarkan awal tahun ini di wallet.google.com, pengguna di negara-negara seperti Austria, Jerman, Malaysia, Brazil, dan banyak lagi kini boleh mengurus akaun Google Wallet dan Google Pay mereka secara dalam talian. Ia membolehkan lebih ramai pengguna menikmati kemudahan pembayaran digital.

Menurut Google, pelancaran pengurusan akaun Google Wallet di laman web itu baru fasa pertama yang mana ia bakal diperluaskan lagi di negara lain.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Tokyo Lancar Aplikasi AI Untuk Cari Jodoh, Tingkatkan Kadar Kelahiran
  • Lagu Hilang Di YouTube Akan Kembali Selepas Persetujuan Dengan SESAC
  • Log Masuk Ke Aplikasi MyJPJ Akan Menggunakan MyDigital ID, Daftar Segera Elak Kesulitan
  • Hotlink Gandakan Kelajuan, Tambah Data Untuk Pas Prabayar Bulanan

Sumber : Google Wallet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY