Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
chatgpt coursera

Pengguna Malaysia Kini Boleh Akses Coursera Secara Terus Dalam ChatGPT

Diterbitkan Oktober 8, 2025 · Dikemas kini Oktober 8, 2025 oleh Amsyar Latif

Platform pembelajaran dalam talian global Coursera kini rasmi menjadi antara aplikasi generasi pertama yang dilancarkan dalam ChatGPT oleh OpenAI sempena acara Dev Day baru-baru ini.

Kerjasama ini menandakan kali pertama sebuah platform pembelajaran diintegrasikan secara langsung ke dalam ChatGPT, menjadikan kandungan pendidikan bertaraf dunia lebih mudah diakses oleh pengguna di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Mulai hari ini, pengguna di Malaysia boleh menonton video kursus dan mendapatkan maklumat daripada Coursera terus dalam ChatGPT tanpa perlu meninggalkan aplikasi tersebut.

Coursera app in ChatGPT

Pengguna hanya perlu meminta ChatGPT membuka aplikasi Coursera mengikut nama atau ia akan dicadangkan secara automatik apabila topik perbualan berkaitan dengan kursus yang tersedia.

Di Malaysia, minat terhadap kursus Generative AI (GenAI) meningkat sebanyak 183 peratus berbanding tahun sebelumnya. Antara kursus paling popular ialah Google AI Essentials, Generative AI for Everyone oleh DeepLearning.AI dan Introduction to Artificial Intelligence oleh IBM.

Aplikasi Coursera kini boleh diakses oleh semua pengguna ChatGPT di Malaysia bagi pelan Free, Go, Plus dan Pro dengan kandungan awal disediakan dalam bahasa Inggeris.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • OpenAI Lancar Ciri Kawalan Ibu Bapa Dalam ChatGPT
  • Pengguna Kini Boleh Akses Spotify Terus Dalam ChatGPT

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY