Pengguna Malaysia Jadi Mangsa, Facebook Tak Reti Beza Iklan Politik Dengan Iklan Sebenar

Baru-baru ini, penyelidik dari imec-DistriNet KU Leuven dan Cybersecurity for Democracy New York telah menjalankan satu audit komprehensif terhadap pengesanan iklan politik di platform Facebook.

Melalui dapatan mereka:

  • Secara global, Facebook salah bezakan iklan politik dengan iklan sebenar sebanyak 83%.

  • Amerika Syarikat merupakan satu-satunya negara yang mempunyai frekuensi pembezaan iklan politik yang tinggi iaitu 1%.

  • Facebook membenarkan lebih dari 70,000 perkongsian iklan politik semasa pilihan raya Amerika Syarikat pada 2020.




Malaysia sangat-sangat terkesan dengan 'kelemahan' sistem Facebook ini kerana sebanyak 45% iklan gagal dibezakan dengan iklan sebenar, yakni yang tertinggi di dunia.



Walaupun jumlah iklan di Malaysia tak banyak mana (4,451 iklan) pun jika dibandingkan dengan jumlah iklan di Amerika Syarikat, 45% itu terlampau besar memperlihatkan lemahnya sistem Facebook ini.

Apa jadi jika Facebook kurang tepat membezakan iklan politik dengan iklan sebenar?

  • Pengguna yang tahu tentang kelemahan ini boleh mengeksploit untuk tujuan yang salah sama ada menyebar maklumat palsu dan sebagainya.

  • Pengguna mungkin tidak sedar mereka telah dipengaruhi kandungan iklan yang dilihat. Seterusnya mereka mungkin akan diperlihatkan iklan yang lebih kurang sama untuk terus 'mempengaruhi' mereka.

  • Lemahnya pembezaan iklan dari Facebook juga bermakna menyusahkan pengiklan professional yang mahu membuat bisnes, kerana iklan mereka mungkin terpalit dengan polisiĀ  Facebook.


Mengaitkan hubungan antara Amerika Syarikat yang mempunyai iklan yang gagal dilabelkan politik hanyalah 1%, perkara ini berkemungkinan besar datangnya dari pengaruh kawasan tempatan.

Facebook Malaysia mungkin kekurangan tenaga manusia untuk menganalisis iklan-iklan politik menyebabkan pengguna di sini menjadi mangsa iklan-iklan politik yang tak kena tempat.

Sumber: Cybersecurity for Democracy

Baca juga:

Berkaitan