Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2023-11-24T172512.399

Pengguna Lepas Ini Ada Pilihan Untuk Tutup Fungsi Bard Dalam Peranti

Diterbitkan November 24, 2023 oleh Muhd Idham

Semasa pelancaran telefon pintar Google Pixel 8 pada bulan Oktober yang lalu, Google ada mengumumkan bahawa mereka berada dalam fasa untuk menjadikan kecerdasaan buatan Bard sebahagian daripada Google Assistant.

Walau bagaimanapun, gabungan ini dilaporkan tidak akan menampilkan semua keupayaan asal Google Assistant.

Oleh itu, Google kini dilaporkan sedang mengusahakan penukaran kembali gabungan tersebut kepada “Classic Assistant” sementara menunggu kecerdasan buatan baharu mereka iaitu “Assistant with Bard” dilancarkan.

Pengguna Lepas Ini Ada Pilihan Untuk Tutup Fungsi Bard Dalam Peranti

Menurut Google, mereka menjangka gabungan antara dua teknologi ini dapat membolehkan pengguna berinteraksi dengan kecerdasan buatan itu seperti ciri audio ChatGPT yang menggunakan suara, teks dan imej sebagai bahan komunikasi.

🧵 Thread –
• Choose between Assistant with Bard and the classic Google Assistant
• To use this feature, change to classic Assistant in Settings
• Not all of the classic Assistant settings will be available in Assistant with Bard.

Continued..#Google #Android #AI #Bard pic.twitter.com/TyJK6aCQJQ

— AssembleDebug (Shiv) (@AssembleDebug) November 22, 2023

Berdasarkan siaran media X, AssembleDebug memaparkan contoh paparan aplikasi “Assistant with Bard” dengan kenyataan di bahagian penerangan bahawa Google akan membuat satu aplikasi di mana pengguna boleh memilih untuk mengguna “Assistant with Bard” atau “Classic Assistant”.

Hal ini kerana fungsi antara dua teknologi ini adalah berlainan.

Untuk “Assistant with Bard”, ia dijangka dapat dipautkan bersama Gmail, Google Drive dan Google Services yang lain untuk menguruskan maklumat dan data di dalam peranti melalui satu aplikasi sahaja.

Walau bagaimanapun, Google masih belum tetapkan tarikh yang tepat bagi pengeluaran teknologi ini.

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • Perbandingan Harga Platform Penstriman Di Malaysia
  • Apple Dilapor Tidak Akan Tawarkan Touch ID Lagi
  • Siri OPPO Reno11 Dilancar, Ini Spesifikasi Penuh

Sumber: Android Police

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY