Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna LastPass Mungkin Dalam Bahaya

Pengguna LastPass Mungkin Dalam Bahaya

Diterbitkan Disember 29, 2021 oleh Amsyar Latif

Perkhidmatan pengurusan kata laluan sememangnya membantu terutama bagi individu yang mempunyai banyak akaun dan pada masa sama mencipta kata laluan yang kuat tanpa perlu mengingatnya.

Namun, salah satu perkhidmatan popular, LastPass dilaporkan sedang menghadapi masalah agak besar. Ini kerana Hacker News menyatakan “master password” LastPass mungkin sudah dicerobohi.

Bahkan, beberapa pengguna turut melaporkan bahawa terdapat cubaan godaman pada “master password” mereka walaupun telah menukarnya.

LastPass WIDE

Bagi mengetahui kesahihannya, jurucakap LastPass dalam kenyataan mengatakan perkhidmatan mereka masih lagi selamat dan tidak ada pencerobohan berlaku. Akan tetapi, mereka tetap memantau perkara ini dari masa ke masa.

Bagaimanapun, berkemungkinan memang ada pihak yang cuba menceroboh akaun pengguna LastPass. Buat makluman, “master password” ini adalah kata laluan yang amat penting. Ia ibarat “master key” untuk mengakses kata laluan akaun yang lain.

Jika “master password” ini berjaya didapati, dengan mudah akaun-akaun lain boleh di log masuk. Oleh yang demikian, mana-mana pengguna LastPass, anda disarankan untuk mengaktifkan pengesahan dwi-faktor (2FA) agar memastikan ia lebih selamat.

Sumber: Apple Insider

Baca juga:

  • MIUI 13 Rasmi – Lebih Sekuriti, Lebih Privasi

  • Xiaomi 12 Pro – Pengecasan 120W, Tiga Kamera 50MP

  • Xiaomi Perkenal Sistem Antaramuka Khusus Untuk Tablet

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY