Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Xiaomi Perkenal Sistem Antaramuka Khusus Untuk Tablet

Posted on Disember 29, 2021

Dengan pelancaran MIUI 13, Xiaomi kali ini membawa pembaharuan kepada sistem operasi tablet dengan memperkenalkan MIUI 13 Pad. Ia masih lagi sistem operasi yang sama dengan MIUI 13 tetapi ia lebih dioptimasikan pada peranti tablet mereka.

Xiaomi mengatakan bahawa MIUI 13 Pad ini telah menyokong sehingga 3,000 aplikasi. Dengan ini, aplikasi yang dijalankan pada tablet selepas ini akan lebih dioptimasikan tanpa ada masalah.

Selain itu, Xiaomi turut membawakan fungsi baharu kedalam MIUI 13 Pad ini. Antaranya ialah gestur untuk kegunaan pelbagai kerja (multitasking). Pengguna hanya perlu menarik dari bucu bawah kanan menggunakan jari untuk mengakses fungsi pelbagai kerja.

Kerana tablet Xiaomi turut menyokong papan kekunci, MIUI 13 Pad ini turut menyertakan fungsi keyboard shortcut. Dengan ini, pengguna dapat mengakses tetingkap tertentu dengan lebih mudah.

Kemaskini MIUI 13 Pad ini akan dilepaskan pada semua peranti tablet siri 5 Xiaomi dalam masa suku pertama 2022.

Sumber: MIUI Wiebo

Baca juga:

  • MIUI 13 Rasmi – Lebih Sekuriti, Lebih Privasi
  • Senarai Peranti Yang Sokong MIUI 13, Kemas Kini Bermula Suku Pertama 2022
  • Xiaomi 12 Dilancarkan – Cip Baharu, Skrin Padu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress