Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Grab Bantu OKU Pendengaran Jana Pendapatan Dengan Perkenal Ciri Baharu

Grab Bantu OKU Pendengaran Jana Pendapatan Dengan Perkenal Ciri Baharu

Diterbitkan Februari 16, 2022 oleh Amsyar Latif

Grab terdahulu telah memperkenalkan kempen ‘Break the Silence’ dengan kerjasama Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) di mana lebih dari 100 rakan pemandu kurang pendengaran telah diserap.

Malah, sehingga ke hari ini, lebih 1000 OKU telah memperoleh pendapatan melalui Grab termasuk pemandu, penghantar dan rakan niaga di dalam platform.

Disebabkan itu, Grab Malaysia memperluaskan lagi usaha mereka dengan memperkenalkan ciri ‘Scan To Order’. Tujuannya adalah untuk memacu peluang kerjaya dan pendapatan kepada komuniti pekak di negara ini melalui teknologi.

Melalui ciri ‘Scan To Order’, premis makanan membolehkan pelanggan untuk memesan makanan dan membayar bil tanpa sentuhan fizikal.

#TechUntukSemua – Scan to Order – Key Visual

Caranya mudah, pelanggan perlu imbas kod QR di meja, kemudian membuat pesanan dan membayar menggunakan aplikasi grab dan akhir sekali, pesanan dihantar terus kepada peniaga agar mereka dapat menyiapkan pesanan pelanggan.

Dengan fungsi itu juga, peniaga sekaligus boleh memberi peluang dengan mengambil pekerja yang kurang pendengaran dalam menjalankan tugas sebagai pelayan.

Setakat ini, beberapa cawangan peniaga yang sudah melaksanakan perkara tersebut ialah Secret Recipe, KGB dan Kyochon.

Sumber: Siaran Akhbar Grab

Baca juga:

  • 5 Barang Mesti Beli Untuk Rider Foodpanda, GrabFood, dan Sewaktu Dengannya

  • Carl Pei Mengacah Telefon Nothing Yang Dikuasakan Snapdragon

  • Lepas 2 Tahun, Cyberpunk 2077 Untuk PS5 Dan Xbox Series S/X Rasmi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY