Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Kaspersky Di Malaysia Ke-3 Tertinggi Sekat Serangan Pautan ‘Phishing’ Di Asia Tenggara

Pengguna Kaspersky Di Malaysia Ke-3 Tertinggi Sekat Serangan Pautan ‘Phishing’ Di Asia Tenggara

Diterbitkan Jun 7, 2022 oleh ariff bukhari

Kaspersky dalam laporannya mendedahkan sebanyak 11,260,643 pautan phishing telah disekat oleh Sistem Anti-Phising mereka dari memasuki rantau Asia Tenggara dalam tahun 2021 lalu.

Sebahagian besar sekatan itu dibuat menerusi pengguna Kaspersky di Vietnam, Indonesia dan Malaysia.

Sekatan terhadap pautan phising itu meliputi tajuk-tajuk popular serta frasa-frasa berkaitan aktiviti di atas talian seperti beli-belah dan penstriman atau pandemik COVID-19.

Kaspersky menyatakan, penggunanya di Vietnam adalah paling ramai berjaya menyekat pautan phishing iaitu sebanyak 4,017,180 pautan.

Diikuti Indonesia sebanyak 2,290,502, Malaysia (1,791,751), Filipina (1,338,883), Thailand (1,287,283) dan Singapura (535,044) pautan.

Tambah Kaspersky lagi, pautan phishing yang dihantar melalui e-mel merupakan cara yang paling banyak digunakan penjenayah siber kerana ia begitu berkesan terhadap mangsanya.

11M in 2021 The Latest State of Phishing in Southeast Asia_Landscape_v1-01

Diperingkat global pula, Kaspersky memaklumkan mereka mengesan sebanyak 253,365,212 serangan pautan phishing dengan 8.20% penggunanya di seluruh dunia sekurang-kurangnya pernah berdepan sekali serangan phishing tahun lalu.

Sumber: Media Kaspersky

Baca juga:

  • iOS 16 Rasmi, Ini Apa Yang Diumumkan Selain ‘Lockscreen’ Baharu
  • WatchOS 9 Sokong Takwim Hijrah, Pemantauan Tidur Lebih Terperinci
  • Ini Senarai Model iPhone Yang Menyokong Kemas Kini iOS 16

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY