Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Bakal Tamatkan Sokongan Windows Vista April Ini

Pengguna Dakwa Dengar Bunyi ‘Startup’ Windows Vista Dalam Windows 11, Ini Jawapan Microsoft

Diterbitkan Jun 17, 2025 · Dikemas kini Jun 17, 2025 oleh ariff bukhari

Sebahagian pengguna Windows 11 versi ujian terbaru (Insider Preview Build) telah mendakwa mendengar bunyi ikonik Windows 20 tahun dulu apabila memulakan (startup) PC mereka yang menjalankan Windows 11.

Bunyi itu mula diperkenalkan menerusi Windows Vista apabila komputer dihidupkan sekitar tahun 2003 dahulu.

Microsoft has accidentally swapped Windows 11’s startup sound with Windows Vista's 😲 The boot sound switch is in the latest preview build of Windows 11, and Microsoft says it's a bug it will fix. Full details: www.theverge.com/news/687417/…

— Tom Warren (@tomwarren.co.uk) 2025-06-16T09:27:33.146Z

Respon terhadap dakwaan itu, Microsoft mengesahkan bahawa isu ini berlaku kerana satu pepijat (bug) secara tidak sengaja telah menukar bunyi startup moden kepada versi lama tersebut.

Microsoft menyatakan ia sebagai satu kesilapan teknikal. Isu ini hanya berlaku kepada pengguna yang memasang versi 26200.5651 dan telah mulakan semula komputer mereka sejak 13 Jun 2025.

“Pelancaran minggu ini datang dengan ledakan yang menarik dari masa lalu dan akan memainkan bunyi but Windows Vista dan bukannya bunyi but Windows 11. Kami sedang berusaha untuk membetulkannya” Microsoft

Microsoft memaklumkan mereka sedang membaiki isu ini, dan bunyi lama itu tidak akan kekal. Walaupun puncanya masih belum diketahui, ramai pengguna terkejut dan terhibur dengan ‘kenangan lama’ ini.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • macOS Tahoe Diumumkan, Bawa Lebih Banyak Ciri iOS Ke macOS
  • 1Fit Malaysia Tiba-Tiba Tamat Operasi, Ramai Tuntut Jawapan

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Akan Dikenakan Mulai 1 November
  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
©2026 WISER.MY