Kini memang terdapat banyak ketersediaan pengecas awam untuk peranti pintar di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan awam seperti stesen kereta api, lapangan terbang, hotel mahupun dalam pengangkutan awam.
Walau bagaimanapun, anda mungkin akan menanggung akibat yang tidak diingini kerana pengecas awam yang tidak diketahui ini berpotensi menjadikan anda mangsa “juice jacking” yang merupakan satu lagi taktik penjenayah siber gunakan untuk mencuri data mangsanya menerusi pengecasan awam.
Pakar keselamatan siber sebelum ini telah pun memberi amaran bahawa penjenayah siber boleh memuatkan perisian hasad ke stesen pengecas USB awam untuk mengakses peranti elektronik secara berniat jahat semasa peranti dicas.
Perisian hasad yang dipasang melalui port USB boleh mengunci peranti atau mengeksport data peribadi dan kata laluan terus kepada pelaku.
Penjenayah kemudiannya boleh menggunakan maklumat tersebut untuk mengakses akaun dalam talian atau menjualnya kepada pihak jahat yang lain.
Ekoran itu, pengguna Android dan iOS perlu mengaktifkan ciri keselamatan yang tersedia pada peranti mereka.
Untuk pengguna Android, anda boleh mengaktifkan mod Lockdown yang dapat melindungi penggunanya daripada “Juice Jacking.”
Dengan mendayakan mod Lockdown dalam Android 15, port USB yang digunakan untuk mengecas dan memindah data akan disekat daripada.
Ini membolehkan pengguna Android mengecas menggunakan stesen pengecas USB awam tanpa rasa takut data peribadi mereka dicuri. Ingat bahawa mod Lockdown perlu didayakan terlebih dahulu.
Di peranti iOS pula, bagi menyekat port USB-C atau Lightning pada model iPhone daripada digunakan untuk memindahkan data, pergi ke Settings > Face ID & Passcode or Touch ID & Passcode.
Tatal ke bawah dan matikan togol Accessories. Satu jam selepas iPhone dikunci, port USB-C atau Lightning tidak boleh digunakan untuk memindahkan data.
Menurut Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan AS (FCC), “juice jacking” telah ditunjukkan sebagai kemungkinan secara teknikal sebagai bukti konsep taktik penggodaman ini boleh berlaku.
Tetapi sehingga kini FCC tidak pernah lagi melihat sebarang kejadian yang disahkan berlaku sehingga kini.
Walau bagaimanapun sebolehnya, elakkan daripada menggunakan pengecas awam. Sebaiknya gunakan pengecas anda sendiri untuk menegcas peranti pintar anda atau bawa sahaja bersama bank kuasa.
{suggest}
Sumber: Phone Arena