Jika anda berbuat demikian, anda dinasihatkan untuk berhenti serta-merta. Ini adalah kerana anda bakal terdedah dengan serangan godam dinamakan juice jacking.
Melalui kicauan Twitter pejabat guaman daerah Los Angeles, mereka telah mengarahkan orang ramai supaya berhenti dari menggunakan pengecasan USB pada kawasan awam seperti lapangan terbang, hotel atau pusat membeli belah. Ini adalah kerana pengecasan USB tersebut boleh jadi merupakan sarang perisian hasad dan juga risiko untuk penggunaan peranti 'diambil alih' oleh si penggodam.
https://twitter.com/LADAOffice/status/1192865915420852224?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1192865915420852224&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.kron4.com%2Fnews%2Fnational%2Fjuice-jacking-scam-why-you-shouldnt-use-public-usb-chargers%2F
Mengikut mereka, penggodam boleh memuat perisian hasad di dalam pengecas USB atau melalui kabel yang ditinggalkan oleh pengguna lain. Jika anda menggunakan pengecas ini, secara automatik anda boleh terus terkena serangan.
Apabila perisian hasad memasuiki peranti anda, ia boleh menghantar semula data-data peribadi termasuklah kata laluan, alamat serta maklumat sensitif lain kepada penggodam.
Untuk mengelakkan dari masalah serangan pengecas USB ini berlaku kepada, anda dinasihatkan untuk:
- Menggunakan soket dan plag pengecas, bukannya pengecas USB.
- Membeli dan menggunakan powerbank.
- Menggunakan kabel USB jenis yang tidak mempunyai pemindahan data. Hanya memindahkan kuasa sahaja.
- Membawa pengecas plag dan pengecas kereta ketika berjalan
Sumber: Los Angeles County
Berkaitan
- OPPO Ace2 Dilancarkan - Snapdragon 865, Pengecasan Tanpa Wayar 40W, Harga Bermula Sekitar RM2454
- Ringkasan Kesemua Teknologi Pengecasan Pantas 3 Digit Yang Diumumkan Minggu Ini
- Saluran YouTube GSMArena Digodam, Penggodam Makan Duit YouTube Selama Setahun
- Industri Telefon Pintar Sasarkan Pengecasan Tanpa Wayar Selaju 100W Bermula Tahun Hadapan
- Serangan Meow - Penggodam Buang Beribu Pengkalan Data, Tinggalkan Perkataan Meow
- Amerika Rancang Bina Internet Kuantum Untuk Wujudkan Rangkaian Kalis Godam
- Firma Sekuriti Siber FireEye Digodam, Peralatan Godam Turut Dicuri
- Xiaomi Mi Band 5 Akan Hadir Dengan Pengecasan Magnetik
- Redmi 8A Dual Dilancarkan - Snapdragon 439, Pengecasan USB-C Dan Bateri 5000mAh
- vivo V19 Dilancarkan - Snapdragon 712, 6 Kamera Dan 4500mAh Dengan Pengecasan 33W