Pengguna Android Dah Boleh Main Game Di Netflix, Ini 5 Permainan Yang Ditawarkan

Netflix mengorak langkah ke hadapan dengan menceburkan diri ke arena permainan mudah alih dengan sebelum ini mereka telah menguji Netflix Games di negara terpilih. Hari ini semua pelanggannya di seluruh dunia sudah boleh mengaksesnya tanpa sebarang caj tambahan.

Lima permainan yang tersedia ialah Stranger Things: 1984 (BonusXP), Stranger Things 3: The Game (BonusXP), Shooting Hoops (Frosty Pop), Card Blast (Amuzo & Rogue Games), and Teeter Up (Frosty Pop).

Apa yang diperlukan hanyalah langganan Netflix yang aktif dan peranti (telefon atau tablet) Android. Pelanggan boleh memuat turun aplikasi Netflix Games di Google Play Store untuk memainkannya hari ini tetapi ia juga akan hadir aplikasi Netflix dengan tab khas untuk Netflix Games pada 4 November ini.

Walaupun banyak platform terutamanya media sosial mengutamakan iOS namun kali ini nampaknya berbeza. Buat masa ini masih belum diketahui bila ia akan hadir ke platform iOS dan iPad OS, namun Netflix berkata ia akan tiba tidak lama lagi.

Sumber: Netflix

Baca juga: