Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lionsgate Play

Lionsgate Play – Perkhidmatan Penstriman Baharu Akan Masuk Malaysia

Diterbitkan September 20, 2021 oleh Amsyar Latif

Bila bercakap tentang perkhidmatan penstriman filem, drama atau program televisyen, pasti yang bermain difikiran adalah Netflix, Disney+ Hotstar atau viu.

Kini, satu lagi perkhidmatan penstriman bakal ditawarkan buat pengguna di Malaysia, iaitu Lionsgate Play. Ia pertama kali hadir di India pada penghujung tahun lalu yang kemudiannya diperluaskan ke Indonesia, Filipina, Bangladesh dan Sri Lanka.

Lionsgate Play yang dikendalikan Starz ini akan mempunyai kandungan seperti The Hunger Games, Now You See Me, The Twilight Saga dan beberapa siri drama.

Namun demikian, masih belum diketahui lagi apakah kandungan yang ditawarkan buat pasaran tempatan. Ini kerana aplikasi dan laman sesawang Lionsgate Play Malaysia belum muncul lagi. Akan tetapi, dijangka ia hadir dengan penawaran kandungan tempatan seperti mana yang dilakukan di India.

lionsgate play TM

Jika Astro menjadi pengedar rasmi Disney+ Hotstar di Malaysia, Lionsgate Play pula bekerjasama dengan TM. Oleh itu, pengguna unifi bakal menerima harga langganannya sebanyak RM14.90 sementara pelanggan biasa adalah RM19.90.

Manakala bagi pelanggan unifi TV Ultimate Pack, mereka akan mendapatkan perkhidmatan tersebut secara percuma dan boleh diakses bermula 1 Oktober.

Sumber: lowyat

Baca juga:

  • Ini Adalah Tiga Platform Penstriman Popular Di Malaysia
  • Perkhidmatan Penstriman Astro – sooka Kini Boleh Digunakan
  • Astro Mengemaskini Kandungan TV Dengan Saluran Baharu

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY