Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
God of War

Mimpi Jadi Realiti, Sony Rasmi Bawa Permainan God of War Untuk PC

Diterbitkan Oktober 21, 2021 · Dikemas kini Oktober 21, 2021 oleh Amsyar Latif

Mungkin ada yang tahu dan mungkin juga tidak, francais permainan God of War merupakan salah satu judul popular dan terbaik serta eksklusif untuk konsol PlayStation.

Bahkan, ada juga individu yang sanggup membeli konsol Sony semata-mata mahu menikmati permainan tersebut.

Kini, berita baik untuk golongan “PC Master Race” yang mungkin belum pernah mencuba permainan God of War (2018) kerana Sony secara rasminya membawa game tersebut buat PC.

photo_2021-10-21 00.06.10

Menurut mereka, God of War (2018) akan tersedia pada 15 Januari 2022 yang sudah pun boleh membuat pra-tempahan di Steam dan Epic Games Store pada tanda harga RM209.

Melaluinya, pemain PC boleh memainkan God of War (2018) dengan grafik memukau pada resolusi 4K dan tanpa had kadar bingkai (frame rates) termasuk paparan ultra lebar bernisbah 21:9. Selain itu, permainan itu juga akan menyokong NVIDIA DLSS dengan NVIDIA Reflex.

photo_2021-10-21 00.06.11

Tambahan lagi, turut menerima sokongan alat kawalan termasuk DualShock 4 dan DualSense bagi memberikan pengalaman bermain lebih baik.

Dengan ini, God of War (2018) mengikuti jejak langkah Horizon Zero Dawn dan Days Gone yang telah selamat memasuki PC. Malah, Sony juga berhasrat akan menawarkan lebih banyak permainan eksklusif mereka untuk komputer pada masa hadapan.

Sumber: playstation

Baca juga:

  • Walaupun Stok Terhad, Jualan PS5 Masih Tinggi

  • Netflix Mungkin Bekerjasama Dengan Sony Untuk Game Di Platformnya

  • Rasmi – GTA: The Trilogy Diumumkan, ‘Gameplay’ Moden Dan Hadir Untuk Semua Platform

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY