Rasanya hampir kesemua orang sudah menonton drama bersiri popular Netflix dari Korea Selatan ‘Squid Game’. Boleh dikatakan, beberapa minggu lepas ramai yang bercakap tentangnya.
Tahukah anda bahawa permainan tersebut bakal dibawa ke dunia nyata yang mana ia dianjurkan oleh Korean Cultural Center (KCC) UAE. Pun begitu, tidak ada pembunuhan yang berlaku jika peserta kalah dalam satu-satu ‘game’ seperti mana yang terdapat dalam drama tersebut.
https://twitter.com/kcc_uae/status/1443490116299902979?s=20
Menurut mereka, permainan yang akan berlangsung di Abu Dhabi ini lebih kepada untuk mempromosikan budaya Korea Selatan di negara Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Terdapat 30 peserta yang telah terpilih berdasarkan 300 individu yang mendaftar untuk memainkannya. Peserta bertuah ini akan bermain kesemua permainan yang dimainkan dalam drama itu – green Light, red light, glass stepping stones, “dalgona game”, marbles dan Ttakji.
Selain itu, bagi menambah keterujaan, peserta turut akan memakai kostum bewarna hijau. Manakala pekerja mereka juga akan memakai pakaian bertopengkan logo bulat, petak dan segi tiga.
Apa-apa pun, drama tersebut mungkin agak “overhyped” tetapi secara tidak langsung, budaya Korea Selatan dapat diketahui ramai orang di seluruh dunia.
Sumber: the national news
Baca juga: