Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Buang 2 Aplikasi Palsu Ini Dari Peranti, Dikesan Mengintip Pengguna Android

Buang 2 Aplikasi Palsu Ini Dari Peranti, Dikesan Mengintip Pengguna Android

Diterbitkan September 4, 2023 · Dikemas kini September 4, 2023 oleh ariff bukhari

Penyelidik keselamatan dari ESET telah melaporan penemuan 2 aplikasi Android yang didapati digunakan bagi tujuan pengintipan.

2 Aplikasi itu adalah Signal Plus Messenger dan FlyGram di mana ia merupakan versi aplikasi palsu bagi 2 aplikasi pemesejan popular iaitu Signal dan Telegram.

Signal Plus Messenger dan FlyGram sebelum ini ada ditawarkan dalam Google Play dan Samsung Galaxy Store, tetapi kini ia telah dibuang dari stor tersebut setelah dilaporkan.

ESET berkata, kes intipan pertama Signal Plus Messenger dilaporkan berlaku pada komunikasi pengguna Signal yang secara rahsia memautkan peranti mangsa yang terjejas ke peranti penggodam.

Kod hasad yang ditemui dalam aplikasi iti dikaitkan dengan keluarga perisian hasad BadBazaar, yang telah digunakan pada masa lalu oleh kumpulan APT berkait China yang dipanggil GREF.

“Tujuan utama BadBazaar adalah untuk mengekstrak maklumat peranti, senarai kenalan, log panggilan dan senarai aplikasi yang dipasang dan untuk menjalankan pengintipan pada mesej Signal dengan secara rahsia memautkan aplikasi Signal Plus Messenger mangsa kepada peranti penyerang,” Lukáš Štefanko, penyelidik ESET yang membuat penemuan itu.

ESET melaporkan, mereka mengesan beribu pengguna Android telah memuat turun aplikasi itu pada peranti Android di beberapa negara Eropah, Amerika Syarikat, Ukraine dan tempat lain di seluruh dunia.

Perisian hasad BadBazaar sebelum ini telah digunakan untuk menyasarkan etnik Uyghur dan etnik minoriti Turki yang lain.

ESET juga mendapati FlyGram dilihat dikongsi dalam kumpulan Telegram Uyghur, yang ada kaitan dengan perisian hasad BadBazaar.

Jadi sekiranya anda ada memasang 2 aplikasi itu, bolehlah bertindak membuangnya segera dari peranti anda.

Berkaitan

  • Tesla Model 3 Kini Dijual Di Malaysia Serendah RM189,000
  • HONOR V Purse - "Dompet Digital" Tapi Boleh Dipegang Secara Fizikal
  • Diskaun Sehingga 50% Ganti Bateri Dan Skrin iPhone, Berpeluang Dapat Pengecas Asli Apple Dari Machines

Sumber: ESET

(Lindungi peranti anda dengan perisian keselamatan ESET dengan membelinya dari Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY