Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kereta grab ehailing mahal

Syarikat ‘E-Hailing’ Yang Gagal Perbaharui Lesen Akan Digantung

Diterbitkan Ogos 30, 2022 · Dikemas kini Ogos 30, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Kementerian Pengangkutan menegaskan bahawa syarikat yang menyediakan perkhidmatan e-hailing tanpa lesen yang sah akan dikenakan tindakan undang-undang dan digantung lesen.

Tanpa menyebut nama spesifik, kementerian berkata syarikat terbabit yang gagal memperbaharui lesen itu tidak dibenarkan memperbaharui lesen perniagaan pengantaraan (LPP) mereka yang telah pun luput pada 14 Julai 2022.

Berkaitan

  • 'E-Hailing' Boleh Bincang Harga, inDriver Kini Tersedia Di Langkawi
  • Kementerian Pengangkutan Temui Punca Tambang E-Hailing Meningkat
  • Cara Semak Stesen Minyak Yang Jual Kad TNG NFC
  • Ini Cara Semak Jika Ada Akses Telefon Lain Pada Akaun CIMB Clicks
  • Cara Semak Berapa Banyak Anda Sudah Habiskan Di Shopee Selama Ini
  • "TikToker" Ini Gesa Berbilion Pengguna Telefon Pintar Android Mematikan Ciri Ini Dengan Segera

Jelas pihaknya lagi, syarikat berkenaan sehingga kini didapati gagal memaparkan eVP pemandu atau membenarkan penumpang mengenal pasti pemandu mereka menerusi aplikasi perkhidmatannya sepertimana yang ditetapkan di bawah Seksyen 12A( 8 ) Akta 715.

indriver suspend

Selain itu, individu yang mengendalikan perkhidmatan e-hailing tanpa LPP yang sah boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Manakala para pemandu yang menggunakan aplikasi itu juga dinasihatkan supaya menyemak terlebih dahulu kesahihan mana-mana pengendali e-hailing untuk mengelakkan sebarang risiko pada masa akan datang.

Mengikut ruangan komen di akaun Datuk Seri Wee Ka Siong, syarikat tersebut ialah inDriver.

Sumber: Wee Ka Siong

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY