Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
maxim 2

Hanya 402 Daripada 5,000 Kenderaan Maxim Mempunyai Permit ‘e-Hailing’ – JPJ

Diterbitkan Mac 14, 2023 · Dikemas kini Mac 14, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Melalui Ops I, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati bahawa Maxim membenarkan kenderaan tanpa permit e-hailing (EVP) beroperasi di seluruh negara.

Risikan selama 14 hari pula mengesahkan syarikat yang mengendalikan aplikasi Maxim beroperasi di Kuantan, Pahang.

maxim jpj

Justeru, operasi telah mendapati bahawa syarikat itu telah melanggar Seksyen 12A(5) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

Menurut maklumat APAD pula, hanya 402 daripada 5,000 buah kenderaan aktif Maxim yang mempunyai permit kenderaan e-hailing.

Berkaitan

  • Syarikat 'E-Hailing' Yang Gagal Perbaharui Lesen Akan Digantung
  • (Ulasan) e-Skuter Beam - Lupakan e-Hailing, Duit Pun Boleh Buat 'Saving'
  • Belanjawan 2023: Lesen Kelas B2, Teksi, Bas Dan e-Hailing Ditanggung Kerajaan

Ini bermakna kurang 10% kenderaan di bawah Maxim menjalankan operasi sebagai e-hailing secara sah.

maxim jpj

JPJ menasihatkan pengguna agar memastikan aplikasi digunakan mereka adalah berdaftar dan dilesenkan. Ia bolehr disemak melalui portal APAD/LPKP supaya dijamin perlindungan insurans.

jpj maxim

Namun, Maxim dalam kenyataan terbaru pula mengatakan angka dikeluarkan JPJ itu tidak tepat kerana ia sebenarnya lebih tinggi, belum lagi termasuk Sabah dan Sarawak.

Akan tetapi, jumlah sebenar tidak pula didedahkan.

Sumber: JPJ, Soyacincau

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY