"Bukan Ada Orang Tengok Pun" Elon Musk Merajuk Tesla Tidak Disebut Biden Dalam Ucapan Tahunan

State of Union Adress (SOTU) ialah sebuah acara tahunan di Amerika Syarikat di mana presiden akan memberi ucapan kepada ahli kongres negara tentang keadaan semasa negara. Antara perkara disentuh ialah belanjawan, ekonomi, pencapaian dan lain-lain lagi yang memperjelas kedudukan serta hala tuju negara.

Semalam, dalam acara tahunan tersebut, Presiden Joe Biden memuji Ford dan General Motors (GM) atas sumbangan mereka pada negara.

Biden secara spesifik menyebut Ford telah melabur sebanyak 11$ bilion untuk membina kenderaan elektrik dan membuka 11,000 peluang pekerjaan. GM pula mencipta sejarah syarikat apabila membuat pelaburan sebanyak $7 bilion untuk kenderaan elektrik dan mencipta 4,000 pekerjaan di Michigan.

Ini agak janggal kerana Tesla ialah pengeluar kereta elektrik yang paling terkenal dalam bidang pembuatan kereta elektrik sementara Ford dan GM bukanlah yang jenama disebut-sebut pengguna jika bercakap soal kereta elektrik.

Ekoran itu, Elon Musk dalam e-melnya pada CNBC mengatakan "Tidak ada sesiapa yang menonton State of the Union."

https://twitter.com/elonmusk/status/1498858611241635843?s=20&t=YUfeghDrMm-EOKocoXaYxA

Bukan itu sahaja, jutawan ini juga membalas twit daripada akaun rasmi Joe Biden dengan menerangkan bahawa Tesla mencipta lebih 50,000 pekerja di AS dan melabur dua kali ganda lebih banyak berbanding jumlah pelaburan kedua-dua Ford dan GM.

https://twitter.com/elonmusk/status/1486767109275328516?s=20&t=5KffM3jyw-6M7izVAIEGQg

Terdahulu, Elon pernah memuat naik twit mengutuk Joe dengan terangan-terangan merujuk pada Biden pada boneka stokin.

Baca juga: