Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tesla Cybertruck

Ketua Reka Bentuk Tesla Kritik Apple, Katanya Rekaan Peranti Apple Dah Tak Menarik

Diterbitkan Februari 10, 2022 oleh Amsyar Latif

Semasa temu bual menerusi audio siar (podcast) di Spike’s Car Radio, Ketua Reka Bentuk Tesla Franz von Holzhausen mengkritik dengan memberi komen terhadap prinsip rekaan dan strategi pelancaran produk Apple sudah tidak lagi menarik untuk dilihat.

“The sad part about Apple products now is like there’s nothing to look forward to. I feel like it’s just a continuation. It’s just a slight refinement on the same thing. Inspirationally, it’s been hard to get super motivated by what they’re doing”

Katanya, peranti Apple kini hanyalah menawarkan sedikit penambahbaikan pada produk yang sama setiap tahun.

Tambahnya, beliau menggunakan Apple Watch hanya disebabkan fungsi kecergasan sahaja. Tidak lebih daripada itu.

Buat pengetahuan, Holzhausen merupakan individu yang bertanggungjawab dalam membuat rekaan bagi kereta Tesla Model S, Model 3, Model X, Model Y dan juga kenderaan yang jadi bahan jenaka ramai – Cybertruck.

Tesla Model S
Tesla Model S

Beliau sebelum ini turut menggalas tanggungjawab dalam reka bentuk kereta konsep Mazda Kabura.

Bagaimanapun, jika diikutkan kedua-dua syarikat gergasi ini sebenarnya lebih kurang sahaja. Memang benar, sejak pemergian mendiang Steve Jobs, kebanyakan peranti Apple sudah kurang menarik untuk dilihat terutama dari segi rekaan. Namun, Apple masih lagi mampu memberikan sesuatu yang menarik, iaitu cip M1.

Selain itu, Tesla pun apa kurangnya. Mereka sebenarnya tidak lari daripada kritikan pengguna. Ada juga yang kritik tentang kualiti pemanduan. Malah, ada juga model kereta yang hanya menerima sedikit sahaja penambahbaikan pada reka bentuk.

Jangan dilupakan, kenderaan Cybertruck yang tiada cermin sisi itu pun tidak dilancarkan. Walau apa pun, setiap syarikat ada kelebihan dan juga kekurangan. Pengguna sendiri sudah bijak untuk menilai.

Sumber: macrumors, 9to5mac

Baca juga:

  • Individu Kecewa Pintu Kereta Tesla Tak Dapat Dibuka Akibat Beku Salji

  • Remaja 19 Tahun Godam Lebih 25 Kereta Tesla Dan Jadikannya ‘Remote Control’

  • Tesla Buka Kedai Baru Di Xinjiang Sejurus AS Gesa China Henti Genosid

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY