Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tukar Nama Paparan Twitter Kepada Elon Musk, Dan Akaun Anda Akan Dikunci

Dalam Diam Elon Musk Derma ~RM23 Bilion Saham Tesla Pada Badan Amal

Diterbitkan Februari 16, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Elon Musk dilaporkan telah menderma sejumlah 5,044,000 saham Tesla pada badan amal kebajikan yang tidak diketahui namanya. Pemfailannya dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS (SEC) menunjukkan transaksi ini berlaku dari 19 November hingga 29 November 2021.

Sumbangan saham ini keseluruhannya berjumlah sekitar RM23 bilion ($5.74 bilion) berdasarkan harga penutupan saham Tesla dalam 5 hari tesebut.

Derma ini berlaku selepas jutawan berasal dari Afrika Selatan ini menjual sahamnya yang bernilai lebih kurang RM69 bilion ($16.4 bilion) selepas membuka undian di Twitter. Dalam twit tersebut, dia bertanya jika dia perlu menjual 10% pegangannya dalam Tesla.

Much is made lately of unrealized gains being a means of tax avoidance, so I propose selling 10% of my Tesla stock.

Do you support this?

— Elon Musk (@elonmusk) November 6, 2021

Penjualan saham Tesla bernilai ~RM69 bilion ini dipercayai adalah untuk membayar cukai yang dianggarkan RM46 bilion ($11 bilion).

Saham yang didermakan tidak tertakluk kepada cukai keuntungan modal dan nilainya boleh digunakan sebagai potongan untuk membantu mengimbangi bil cukai.

Menurut Chronicle of Philanthropy, Elon Musk kini di penderma kedua terbesar di Amerika selepas bekas pasangan Bill Gates dan Melinda Gates.

Sumber: Reuters

Baca juga:

  • 15 Daripada 23 Monyet Yang Otak Ditanam Cip Neuralink Didapati Mati
  • Elon Musk Tawar RM20K Pada Remaja Untuk Henti ‘Stalk’ Beliau
  • Elon Musk Dakwa Matahari Akan Jadi Punca Manusia Pupus Tapi Beliau Ada Penyelesaiannya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY