Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengeluar EV China Bangunkan Bateri LFP Baharu, Cas 15 Minit Dapat 500KM

Pengeluar EV China Bangunkan Bateri LFP Baharu, Cas 15 Minit Dapat 500KM

Diterbitkan Disember 20, 2023 · Dikemas kini Disember 20, 2023 oleh ariff bukhari

Jenama kereta elektrik premium Zeekr, yang dimiliki oleh pembuat kereta milik persendirian terbesar China, Geely Holding Group, telah melancarkan sel dan pek bateri litium besi fosfat (LFP) baharu yang menyokong pengecasan ultra pantas.

Dibangunkan sepenuhnya secara dalaman, syarikat itu mendakwa bateri LFP baru mereka ini dapat menambah jarak sejauh 500KM selepas dicas hanya dalam masa 15 minit sahaja.

zeekr bateri

Ia manfaatkan daripada kelebihan sistem elektrik 800V. Zeekr mendakwa prestasi pengecasan bateri baru mereka “mengatasi banyak pesaing” walaupun suhu rendah pada musim sejuk.

Teknologi bateri baharu itu akan dibuat di kilang bateri milik Geely di wilayah Zhejiang dan akan membuat kemunculan sulung menerusi sedan premium Zeekr 007.

EV baharu itu akan dilancarkan di China pada 27 Disember 2023  dengan penghantaran akan menyusul pada Januari 2024.

zeekr 007
Zeekr 007.

Zeekr 007 mempunyai pek bateri LFP 75.6-kilowatt-jam yang membolehkan jarak 427 batu pada kitaran CLTC (China Light Duty Vehicle Test Cycle).

Pek bateri yang dibangunkan Zeekr dihasilkan oleh Quzhou Jidian EV Tech, anak syarikat milik penuh Geely Holding Group.

Bateri LFP biasanya mempunyai ketumpatan tenaga yang lebih rendah berbanding dengan bateri nikel-mangan-kobalt (NMC) di peringkat sel. Untuk menanganinya, jurutera Zeekr merancang pek bateri untuk bateri LFP baru untuk mencapai ketumpatan tenaga yang tinggi pada tahap pek.

Zeekr mendakwa, ketumpatan tenaga yang meningkat tidak menjejaskan keselamatan, kerana pek telah melepasi enam ujian keselamatan yang ketat termasuk penembusan kuku yang dijalankan oleh Pusat Pemeriksaan dan Ujian Kualiti Kenderaan Bermotor Nasional China.

Berkaitan

  • Biarkan Kereta Dicas Semalaman Di Rumah Bukanlah Cara Yang Betul - Kajian
  • Kerajaan Akan Beralih Kepada EV Untuk Kenderaan Rasmi
  • Syarikat Ini Boleh Tukarkan Kereta Anda Kepada EV Dalam 8 Jam Sahaja

Sumber: ZEEKR

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
©2026 WISER.MY