Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Syarikat Ini Boleh Tukarkan Kereta Anda Kepada EV Dalam 8 Jam Sahaja

Syarikat Ini Boleh Tukarkan Kereta Anda Kepada EV Dalam 8 Jam Sahaja

Diterbitkan Disember 12, 2023 · Dikemas kini Disember 12, 2023 oleh ariff bukhari

Kereta sedia ada masih elok dan hutang kereta pun masih belum habis dibayar. Tapi teringin sangat nak miliki kereta elektrik (EV) yang baharu.

Jadi, sebuah syarikat pemula dari Jerman, e-Revolt adalah jawapan kepada anda di mana ia menawarkan servis menukarkan kereta petrol anda kepada kenderaan elektrik (EV).

Syarikat pemula itu bermatlamat menjadikan penukaran EV boleh diakses dan berskala, menawarkan pilihan yang mampan untuk pemilik kereta yang tidak mampu membeli EV baharu.

Malah proses perubahan itu pula mampu diselesaikan dalam masa sesingkat lapan jam sahaja.

Manakala kosnya pula hanya menelan belanja antara $12,000 (~RM56,196) dan $15,000 (~RM70245) sahaja.

Syarikat Ini Boleh Tukarkan Kereta Anda Kepada EV Dalam 8 Jam Sahaja

Proses yang singkat itu dicapai dengan melibatkan pengalihan dan penggantian enjin pembakaran kepada teknologi bateri dengan rangka enjin yang dipatenkan e-Revolt, bersama-sama dengan pendigitalan kenderaan.

Syarikat itu berkata, mereka menggunakan aliran kerja baru dan reka bentuk bateri yang mengurangkan masa menunggu pelanggan.

Syarikat Ini Boleh Tukarkan Kereta Anda Kepada EV Dalam 8 Jam Sahaja
Syarikat Ini Boleh Tukarkan Kereta Anda Kepada EV Dalam 8 Jam Sahaja
Bildschirmfoto 2022-11-29 um 12_35

 

“Melalui proses kami yang mudah dan diperakui, kami mengubah kenderaan lama anda menjadi kereta impian masa depan yang digital sepenuhnya.” e-Revolt.

Berkaitan

  • Lebih Banyak Stesen Pengecas EV Di iPoh Akan Diwujudkan MBI Dan XOX
  • Jurutera Jepun Pecah Rekod Dunia Internet Terpantas, 20 Kali Ganda Trafik Internet Global
  • Ini Senarai Carian Paling Banyak Dibuat Rakyat Malaysia Tahun 2023

Sumber: e-Revolt, Fossbytes

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY