Pengecualian Tol Sempadan Malaysia-Singapura Dikuat Kuasa Bermula 1 April 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan kerajaan akan melaksananakan pengecualian bayaran tol untuk semua jenis kenderaan yang merentas sempadan darat Malaysia-Singapura.

Ini melibatkan plaza tol di Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (Lebuh Raya Linkedua) yang bermula pada 1 hingga 7 April 2022.

Bersempena pembukaan sempadan ini juga, pengembara dari kedua-dua negara yang mempunyai status lengkap vaksinasi dibenarkan untuk merentas sempadan darat tanpa perlu menjalani kuarantin ata ujian saringan COVID-19 seperti ujian prapelepasan mahupun semasa ketibaan.

"Ia adalah selaras dengan pendekatan untuk memudah cara perjalanan rentas sempadan dengan Singapura. Pengecualian ini adalah untuk rakyat Malaysia dan pengguna menambah nilai atau memperbaharui ‘Touch and Go’ dan ‘Smart Tag’," tambah Perdana Menteri,

Datuk Seri Ismail Sabri dan Lee Hsien Loong pada 24 Mac lalu telah mengumumkan Malaysia dan Singapura akan membuka semula sempadan darat bermula 1 April ini dengan kebanyakan prosedur operasi standard (SOP) dilonggarkan.

Sumber: Bernama

Baca juga: