Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengecas Wayarles Anker Baharu Akan Cas iPhone Sepantas MagSafe

Pengecas Wayarles Anker Baharu Akan Cas iPhone Sepantas MagSafe

Diterbitkan Disember 15, 2023 oleh ariff bukhari

Pengecas wayarles MagSafe dari Apple boleh mengecas iPhone dengan ciri pengecasan pantas sehingga 15W.

Pengecas MagSafe mengekalkan keserasian dengan pengecasan Qi, jadi ia boleh digunakan untuk mengecas iPhone 8 atau lebih baharu secara wayarles, serta model AirPods dengan kes pengecasan wayarles, seperti yang anda lakukan dengan mana-mana pengecas yang diperakui Qi.

Walaubagaimanapun, harganya adalah agak mahal iaitu berharga RM219.

MagSafe Charger

Jadi, anda boleh dapatkan pengecas wayarles untuk iPhone dari pihak ketiga seperti Anker, Belkin dan Mohpie.

Malah 3 jenama ini sudah pun mengumumkan pengecas wayarles mereka menyokong perkakasan Qi2 beberapa bulan lalu.

Tetapi, hanya Anker sahaja yang mengesahkan bahawa pengecas wayarles mereka, MagGo baharu akan sedia menyokong perkakasan Qi2 yang membolehkan ia mengecas selaju 15W untuk iPhone. Sama seperti MagSafe Apple.

Apabila produk MagGo baharu telah pun diumumkan pada penghujung Ogos lalu, Anker tidak menyenaraikan nombor model, harga atau tarikh keluaran tetapi pengguna boleh menjangkakan bank kuasa mudah alih yang dilengkapi kickstand baharu, reka bentuk stesen pengecasan wayarles baharu untuk iPhone, AirPods, dan Apple Watch serentak, pengecas pad berkeupayaan 15W yang ringkas dan stesen pengecas magnet sfera 67W untuk desktop 8-dalam-1.

Buat masa ini. tiada sebarang makluman harga jualan bagi MagGo dari Anker. Tetapi dijangkakan ia akan lebih murah dari MagSafe Apple.

 

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa model-model siri iPhone terdahulu termasuklah iPhone 13 dan iPhone 14 akan menyokong ciri pengecasan wayarles Qi2 menerusi kemas kini iOS 17.2.

Beli pelbagai pilihan produk Anker di stor rasmi Shopee dan Lazada.

Berkaitan

  • iPhone Terdahulu Bakal Sokong Pengecasan Wayarles Seperti iPhone 15
  • Spesifikasi Padu, Harga Murah, Ini Telefon ‘Midrange’ Yang Anda Patut Beli
  • Dengan Bajet Bawah RM500, Ini Fon ‘Gaming’ Permulaan Mampu Milik

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY