Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei fast charging EV

Pengecas Ultra Pantas Huawei Mampu Cas Penuh Bateri EV Sepantas 8 Minit

Diterbitkan Februari 13, 2024 · Dikemas kini Februari 13, 2024 oleh ariff bukhari

Supercharger Tesla mempunyai output maksimum 250kW di China. Di bawah keadaan yang sama, Huawei menganggarkan cas penuh EV menggunakan pengecas EV Tesla akan mengambil masa kira-kira 19 minit.

Tetapi kini, Huawei Technologies merancang untuk memasang 100,000 stesen pengecas pantas EV di China tahun ini termasuklah pengecas 600kW yang didakwa mampu mengecas EV sepantas 8 minit sahaja.

Berdasarkan jangkaan Huawei untuk angka 1 km sesaat, kenderaan elektrik yang dilengkapi dengan bateri 80kWj serta jarak 600 km – cas penuh EV itu secara teorinya mengambil masa kira-kira 8 minit.

Menurut Liu Dawei dari Huawei Digital Power, beliau mengatakan bahawa pengecasan (1km per saat) Huawei itu bakal memberikan pengalaman umpama mengisi minyak.

Syarikat itu akan menjual pengecas kepada pengendali kemudahan pengecasan yang mana mereka merancang untuk memasang sejumlah 100,000 unit, termasuk pengecas 250-kilowatt, di lokasi seperti kemudahan komersial dan kawasan perkhidmatan lebuh raya menjelang akhir 2024.

Namun, masa pengecasan sebenar akan berbeza-beza bergantung pada suhu dan baki kapasiti bateri.

Buat pengetahuan, output pengecas 600kW adalah antara yang tertinggi di dunia.

Tambahan lagi, Huawei juga berkata pengecasnya boleh digunakan untuk semua jenis EV, termasuklah Tesla.

Pengecas ultra pantas itu dibangunkan oleh anak syarikat Huawei, Huawei Digital Power, yang telah menghasilkan bahagian pengecas tetapi kini membuat kemasukan berskala penuh ke stesen.

Bezanya pengecas EV Huawei ini, ia menggunakan sistem penyejukan cecair berbanding kipas seperti yang biasa digunakan di kebanyakan setesen pengecas EV.

Berkaitan

  • Sasaran 10,000 Stesen Pengecas EV Beroperasi Menjelang 2025 Akan Diteliti Semula
  • 'Mr. Bean' Dituduh Pengaruhi Jualan EV Lembab Di UK
  • Switch Tawar Diskaun Tukar Bateri Siri iPhone 12, iPhone 13

Sumber: Nikkei Asia, Huawei

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY