Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mr. Bean

‘Mr. Bean’ Dituduh Pengaruhi Jualan EV Lembab Di UK

Diterbitkan Februari 13, 2024 · Dikemas kini Februari 13, 2024 oleh ariff bukhari

Ekoran daripada artikel yang ditulis oleh aktor Rowan Atkinson yang terkenal dengan watak ‘Mr Bean’ baru-baru ini, jualan EV didakwa merudum di UK.

Ia dibuat semasa mesyuarat House of Lords UK, khususnya, jawatankuasa alam sekitar dan perubahan iklim, di mana Green Alliance membentangkan penemuannya mengenai halangan yang menghalang rancangan kerajaan untuk menghentikan kereta petrol dan diesel menjelang 2035.

Jawatankuasa itu menuduh Atkinson, sebagai penyumbang kepada kemerosotan jualan EV. Green Alliance melabelkan artikel itu sebagai punca pasaran EV lembab dan mereka juga menentang apa yang ditulis Atkinson.

Artikel yang ditulis aktor itu bertajuk “I love electric vehicles – and was an early adopter. But increasingly I feel Duped” dan diterbitkan di The Guardian.

Dalam artikel tersebut, beliau telah mengkritik EV tidak ada jiwa dan juga mengatakan kereta elektrik bukanlah penyelesaian kepada masalah alam sekitar seperti didakwa.

Disebabkan itu, Rowan Atkinson telah mendapat kritikan meluas daripada penyokong EV. Namun, The Guardian juga sekali lagi menerbitkan artikel lain yang ditulis Simon Evans dan beliau membalas serta menafikan dakwaan yang dilakukan Atkinson.

Tambahan lagi, menerusi laporan The Telegraph turut memetik Simon Evans yang mengatakan kesilapan Rowan Atkinson adalah untuk menyedari bahawa EV memberi faedah kepada alam sekitar berbanding kereta dengan enjin pembakaran.

Di UK, kerajaan telah pun mengumumkan rancangan mereka untuk menghentikan penjualan kenderaan berkuasa bahan api tradisional secara berperingkat menjelang 2035.

Buat pengetahuan anda, Rowan Atkinson mempunyai ijazah sarjana muda kejuruteraan elektrik dan elektronik dari Newcastle University dan ijazah sarjana kejuruteraan elektrik dari The Queen’s College, Oxford.

Berkaitan

  • Biarkan Kereta Dicas Semalaman Di Rumah Bukanlah Cara Yang Betul - Kajian
  • Kerajaan Akan Beralih Kepada EV Untuk Kenderaan Rasmi
  • Sasaran 10,000 Stesen Pengecas EV Beroperasi Menjelang 2025 Akan Diteliti Semula

Sumber: CNBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY