Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
C&C-EV Charging – 4

Sasaran 10,000 Stesen Pengecas EV Beroperasi Menjelang 2025 Akan Diteliti Semula

Diterbitkan Januari 24, 2024 · Dikemas kini Januari 24, 2024 oleh ariff bukhari

Sebelum ini, Kerajaan telah menyasarkan untuk menyediakan sejumlah 10,000 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) beroperasi di negara ini menjelang 2025.

Walau bagaimanapun, dalam perkembangan terkini, Kerajaan akan meneliti semula sasaran itu.

Itu apa yang dikatakan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI),  Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz baru-baru ini.

Beliau berkata, sasaran itu sebagai agak agresif kerana pelbagai isu dan proses yang perlu ditangani. Prosedur penyediaan stesen pengecas juga perlu diperkemaskan.

Menurut menteri itu lagi, sehingga kini hanya terdapat hampir 1,500 stesen pengecas EV yang beroperasi. Jumlah itu sekali gus masih  jauh daripada sasaran awal yang digariskan di bawah Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030.

Berdasarkan semakan terkini di laman rasmi Suruhanjaya Tenaga (ST), terdapat sebanyak 223 pemegang lesen sistem pengecasan kenderaan elektrik (EVCS) di seluruh negara setakat ini.

Anda boleh rujuk di artikel INI.

Berkaitan

  • Ini Senarai 223 Stesen Pengecas EV Berdaftar Dengan Lesen Yang Sah

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY