Antara aksesori utama untuk iPhone 12 adalah MagSafe, ia merupakan pengecasan tanpa wayar magnetik. Namun begitu, Apple tidak menyertakan pengecas ini dalam kotak iPhone 12.
Jika anda berminat untuk menggunakan teknologi ini, anda harus membelinya secara berasingan.
Untuk anda yang berminat untuk memiliki pengecas MagSafe ini, Apple telah menyenaraikannya dengan harga RM179. Akan tetapi, ia masih belum boleh dibeli secara rasmi dan anda perlu menunggu Apple mengumumkan jualannya pada masa akan datang.
Jika anda menggunakan pengecas MagSafe ini, iPhone 12, iPhone 12 Pro, dan iPhone 12 Pro Max akan dicas selaju 15W. Tetapi untuk iPhone 12 mini, kelajuan telah dihadkan kepada 12W sahaja.
Antara aksesori MagSafe lain yang boleh dibeli adalah sarung perlindungan dengan harga bermula RM219, dan mencecah sehingga RM549.
Jika berminat, boleh ke pautan laman rasmi aksesori iPhone 12 di sini.
Berkaitan
- Xiaomi Mi 10 Ultra Bakal Hadir Dengan Sokongan Zum 120X Dan Rekaan Belakang Lutsinar
- Senarai Barangan Tronsmart Harga Promosi 12 Disember Ini
- Apple Dilaporkan Tidak Akan Sertakan Earpods Dalam Kotak Pembelian iPhone 12
- Bekas Jurutera Cip Apple Kini Bekerja Di Qualcomm Melalui Pemilikan Nuvia Pada $1.4 Billion
- iPhone Masa Hadapan Akan Gunakan Modem Selular Sendiri, Tidak Lagi Bergantung Dengan Qualcomm
- Cara Membeli Produk Apple Dengan Harga 'Pelajar' Yang Lebih Rendah
- iQOO Umum Pengecasan Pantas 120W Secara Rasmi - Boleh Penuhkan 4000mAh Dalam Masa 15 Minit
- Celcom: Data Dari Kuota Pengguna Tidak Akan Ditolak Sehingga 12 Malam Ini Sebagai Tanda Minta Maaf
- Huawei P50 Pro Dan P50 Pocket Akan Tiba Di Malaysia 12 Januari Ini
- Skrin Ceramic Shield Pada iPhone 12 Terbukti Lebih Tahan Lasak Berbanding Model iPhone Sebelumnya