iPhone Masa Hadapan Akan Gunakan Modem Selular Sendiri, Tidak Lagi Bergantung Dengan Qualcomm

 

Modem merupakan antara komponen terpenting dalam sesebuah telefon pintar kerana ia adalah aspek yang membolehkan panggilan telefon dan juga sambungan internet melalui rangkaian selular.

Pada iPhone 12 yang telah dilancarkan baru-baru ini, bahagian modem untuk rangkaian selular adalah merupakan komponen dibekalkan oleh Qualcomm.

Kapsyen: iPhone 12


Menurut laporan dari Bloomberg, iPhone pada masa hadapan akan tidak lagi menggunakan modem dari Qualcomm.

Ini adalah kerana Apple sendiri bakal membangunkan modem mereka sendiri menggantikan Qualcomm.

Johny Srouji, Naib Presiden bahagian teknologi perkakas di Apple mengatakan perubahan ini merupakan satu pelaburan penting untuk menjayakan teknologi lebih inovatif dan juga meninggikan potensi produk mereka.

Menurut Srouji lagi, kepakaran membina dan membangunkan akan dibantu oleh perniagaan modem Intel yang telah diperoleh mereka pada tahun 2019.

Buat masa ini tiada jangkaan waktu bilakah Apple akan memperkenalkan iPhone dengan modem mereka sendiri.

Langkah ini dilihat sebagai cara Apple untuk kurang bergantung dengan teknologi luar dan pada masa yang sama mahu membangunkan teknologi dengan cara mereka sendiri.

Sumber: Bloomberg

Berkaitan